AJL38: Wow! Aisha Retno Terbang Di Axiata Arena, Angkat Tema Jawa Dalam Persembahan

AJL38: Wow! Aisha Retno Terbang Di Axiata Arena, Angkat Tema Jawa Dalam Persembahan

Finalis Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) Aisha Retno berkongsi konsep persembahannya yang membawakan lagu Sutera di pentas AJL38 yang berlangsung di Axiata Arena malam ini.

Bercakap kepada XTRA, Aisha berkongsi penampilan sulungnya di pentas AJL38 bertemakan kisah perjalanan seorang Puteri Jawa yang mengangkat martabat wanita.

“Konsep bagi persembahan saya adalah Jawa yang mengangkat darjat sebagai seorang wanita yang perlu jauhkan daripa sebarang kelemahan.

“Konsep opening itu seperti saya baru saja dilahirkan yang membawa ibarat kain putih yang baru saja lahir ke dunia. Kita perlu jaga betul-betul kain Sutera ini.

“Persembahan saya membawa 22 pasukan di atas pentas untuk Sutera.

“Alhamdulillah ada cabaran bila menari sambil menyanyi ini, tapi saya dibantu dengan koreografer dan guru vokal saya,” kongsinya usai membuat persembahan.

Alami dunia Muzikaverse di AJL38, bersiaran langsung dari Axiata Arena, Ahad, 3 Mac, 9.00 malam, di TV3 & strim juga melalui Tonton.

Dibawakan khas oleh penaja utama, Alha Alfa dan rakan penaja, U Mobile. Turut memeriahkan musim ini adalah OhBulan!, XTRA dan Seismik sebagai rakan digital, serta Hot FM sebagai rakan radio.

Khairil Khusyairi