Categories: Hiburan

AJL38: Surprise! Alif Satar Kendalikan Majlis Anugerah Bersama Sherry Alhadad

Selebriti versatil, Alif Satar, diumumkan pengacara Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-38 bersama Sherry Alhadad, pada siaran langsung TV3 dari Axiata Arena, Bukit Jalil, malam ini.

Sebagai kejutan saat akhir, pengumuman TV3 itu menjawab persoalan peminat mengenai siapakah yang bakal menemani Sherry beraksi di pentas anugerah berprestij itu.

Malah, kemunculan Alif di pentas AJL 38, mengubat rindu peminat yang mahu Sherry dan artis serba boleh itu digandingkan lagi, selepas dua kali mereka mengemudi AJL, iaitu pada edisi ke-32 dan ke-33.

Turut menggalas tugas selaku pengacara karpet merah AJL 38 ialah penyampai Hot FM, Fizi Ali dan pengacara Fizzy Frizzy.

Jangan lupa saksikan siaran langsung AJL 38 dari Axiata Arena, Bukit Jalil di sini, mulai jam 9 malam di TV3.

Peminat juga boleh mengikuti AJL 38 melalui strim secara eksklusif di www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton.

Padin