AJL38: Debaran Makin Kencang, Elemen Kejutan Jadi Taruhan… Ini Ramalan Siapa Juara AJL38

Debaran semakin kencang! Acara tahunan berprestij untuk memartabatkan lagu terbaik, Anugerah Juara Lagu bakal melangsungkan edisi ke-38 (AJL38) malam ini jam 9 malam di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Pasti ramai yang tak sabar untuk menantikan persembahan finalis solo, duet, berkumpulan dan kolaborasi penyanyi-penyanyi hebat tempatan dalam meraih gelaran juara AJL 38.

XTRA sempat meninjau persediaan 12 finalis menjalani ‘full dress rehearsal’ yang berlangsung malam tadi dan semuanya hebat-hebat belaka.

Tinjauan XTRA malam tadi mendapati kesemua finalis memberikan yang terbaik dalam menjanjikan kepuasan kepada penonton.

Jika disoal siapa yang bakal diangkat sebagai juara, agak sukar untuk meramal kerana semuanya ‘all out’, 12 finalis yang bakal membuat persembahan malam ini sememangnya layak untuk berada di pentas berprestij ini.

Astana, Sutera, Hasrat, Jangan Mati Rasa Itu, Waktu, dan Bintang antara yaang dirasakan bakal mendapat tempat dalam tiga teratas di AJL 38 malam ini.

Tapi adakah Darah, Kalam, Selangi Ku Ada, Inilah JalanNya, Kucuma, Santai juga bakal mendapat kedudukan teratas juga? Kita nantikan malam ini!

Bagi kategori vokal terbaik, AJL 38 menyaksikan kesemua finalis mempunyai kekuatan tersendiri dalam lontaran vokal, namun antara yang menjadi tumpuan adalah Marsha Milan, Ernie Zakri, Aina Abdul, Hael Husaini, Ziana Zian dan Hasif Upin.

Pasti meremang bila mendengar paduan vokal kesemua finalis AJL 38 malam ini! Tak sabarnya.

Untuk persembahan pula, kesemua finalis bakal pamerkan kreativiti masing-masing selain banyak elemen kejutan yang bakal terjadi malam ini. Wow!

Malam kemuncak AJL 38 tidak akan mengujakan tanpa pengarahan muzik oleh pengarah muzik berpengalaman, Genervie Kam dalam memastikan persembahan kesemua finalis akan kedengaran indah.

Bertemakan Muzikavers, AJL menggandingkan dua pengacara hebat iaitu Sherry Alhadad dan pasangan pengacara yang masih lagi dirahsiakan.

Siapakah yang bakal bergelar juara bagi edisi kali ini? Jangan lupa saksikan malam kemuncak AJL 38 malam ini jam 9.00 malam di TV3 dan strim langsung secara HD, eksklusif di platform penstriman Tonton www.tonton.com.my.

Kemeriahan acara karpet merah akan strim langsung secara HD di www.tonton.com.my dari jam 8.00 malam hingga 9.00 malam yang dihoskan oleh Fizi Ali dan Fiza Frizzy.

Alami dunia Muzikaverse di AJL38, bersiaran langsung dari Axiata Arena, Ahad, 3 Mac, 9.00 malam, di TV3 & strim juga melalui Tonton.

Dibawakan khas oleh penaja utama, Alha Alfa dan rakan penaja, U Mobile. Turut memeriahkan musim ini adalah OhBulan!, XTRA dan Seismik sebagai rakan digital, serta Hot FM sebagai rakan radio.

Khairil Khusyairi