Single Harapan Jadi Nyata, Hadiah Aizat Amdan Buat Tun Mahathir Mohamad!

Selamat Hari Jadi, Tun Dr Mahathir Mohamad! Hari ini merupakan ulang tahun beliau yang ke 93 tau.

Di kesempatan itu, penyanyi Aizat turut menghadiahkan sebuah single terbaharu bertajuk Harapan Jadi Nyata khas buat Tun M.

Menariknya, lagu Harapan Jadi Nyata merupakan nukilan bapanya sendiri, Datuk Amdan Mat Din yang cukup mengidolakan negarawan terulung itu.

Alhamdulillah… lagu ini sudah 7 tahun dipendam, akhirnya berjaya direalisasikan. Sejujurnya, bapa saya amat kagum dengan perjuangan Tun M.

“ Pada asalnya, lagu sebagai penghormatan kepada Tun M atas jasa beliau…tak sangka lagu ini kena dengan situasi semasa iaitu hari jadi beliau ke 93,” katanya di majlis pelancaran single Harapan Jadi Nyata di Warner Music Malaysia.

Lagu ciptaan sepenuhnya oleh Aizat ini berkonsepkan pop balada di mana liriknya diilhamkan daripada perjuangan Tun M sendiri.

Proses rakaman juga dilakukan di Emil Berliner Studio, Berlin, Jerman.

So, check it out guys! Korang boleh dengar lagu Harapan Jadi Nyata di semua pelantar digital dan muzik video lagu ini boleh ditonton di YouTube Vlog Aizat. Best tau!

SGMS Faida