Tahniah! Tauke Bakal Terima ‘Orang Baru’

Alhamdulillah…Tahniah buat pelawak terkenal Tauke dan isteri, Nadia Mohd Effendi yang bakal menimang cahaya mata tak lama lagi!

Tauke memaklumkan isterinya kini hamil empat bulan dan meminta agar peminat di luar sana mendoakan agar proses kehamilan isterinya berjalan lancar.

Tauke juga memberitahu isteri kesayangannya itu tidak mengidam makanan pelik.

“ Setakat ini tiada benda atau makanan pelik yang diminta.

“ Namun, saya penuhi semua yang diminta kerana takut itu yang dihajati bayi dalam kandungan,” katanya.

Tauke atau nama sebenarnya, Zamratul Zamri Zakaria berkahwin dengan Nadia pada Disember 2017.

Hasil perkahwinan terdahulu, bekas peserta program Raja Lawak ini dikurniakan enam cahaya mata.

SGMS Faida