Pendakwah selebriti, Dai Syed dan isteri, pengacara Hana Ismail terus menjadi tumpuan warganet selepas mendirikan rumah tangga, baru-baru ini.

Menerusi kemas kini terbaharu di laman Instagram, Hana mengajak Syed untuk bersama-sama bermain hujan di luar rumah.

“Jom mandi hujan, sunnah!” ajak Hana.

Sementara itu, Syed akur melayan permintaan isterinya itu dan memantau Hana agar sentiasa berada di dalam keadaan yang baik.

“Buat apa mandi hujan, nanti demam. Nanti baju tu basah, Ya Allah macam-macamlah dia ni.

“Umur awak berapa sebenarnya sayang?

“Semoga turun keberkatan kepada kita seperti turunnya air hujan ini, Amin,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Bukan itu sahaja, Syed juga sempat mendakap erat Hana yang masih berada di atas basikal biarpun mereka berdua basah kuyup kerana bermain hujan.

Hasil tinjauan di ruangan komen, wargamaya cemburu melihat hubungan mereka berdua dan ada juga yang menyifatkan wanita itu sebenarnya manja tak tumpah seperti kanak-kanak.

“Apa ni Syed, nak sweet sweet hide lah dari kami, tersiksa jiwa raga.

“Kalau dah kahwin baru tahu, perempuan sebenarnya tak pernah matang,” tulis warganet.

 

 

Halimey Zamal