Jangan Lepas Tanganku Nafas Baru Buat Sufi Rashid Selepas Setahun Menghilang

Penyanyi bersuara merdu, Sufi Rashid kembali menghiai industri muzik dengan mempertaruhkan lagu terbarunya berjudul Jangan Lepas Tanganku.

Amar Habir bersama kugiran Faris Fuad dan Jad Lobo adalah komposer yang dipertanggungjawabkan dalam penghasilan lagu unik Sufi ini.

Sementara itu, lebih menarik apabila lagu ini menjadi runut untu drama terbitan TV3 iaitu menerusi slot Akasia Terima Kasih Cinta.

Menurut Sufi dia bersyukur deberi peluang untuk menyanyikan lagu yang menjadi OST sebuah drama memandangkan dirinya sudah setahun menyepi dari industri.

“Kolaborasi bersama Amar sangatlah mudah kerana kami berkongsi idea untuk membuat lagi itu dengan baik.

Saya berharap peminat dapat menerima lagu OST yang saya nyanyikan khas untuk anda dan insha-Allah lagu ini akan menjadi batu loncatan untuk kemunculan semula saya pada tahun hadapan.” jelas Sufi.

Tambah Amar pula, lagu yang dicipta ini bersifat ‘mix feelings’ dan ianya didedikasikan sepenuhnya kepada isteri tercinta dan anak perempuan kesayangannya.

“Idea lagu ini lahir pada tahun 2019 ketika saya berada dalam kesusahan.

“Masa itu, isteri sarat mengandung dan tidak bekerja. Demi anak tersayang yang bakal dilahirkan saya sanggup busking di tepi jalan dan bekerja di hotel hingga ke lewat malam.” katanya.

Lagu Jangan Lepaskan Tanganku sudah boleh didengari di semua platform digital dan muzik video boleh ditonton di salauran YouTube Alternate Records & Talents.

Halimey Zamal