Imran Bard Selar Peniaga Makanan Obses Ikut Trend – “Semua Benda Nak Letak Cheese”

Pempengaruh media sosial, Imran Bard atau nama sebenarnya Muhammad Al Imran Badaruddin, 21, menerima pujian netizen setelah menyelar tindakan peniaga kerana obses menjenamakan produk jualan mengikut trend terkini.

Video berdurasi 22 saat yang dikongsikan oleh @kucengnanges di laman TikTok, memaparkan Imran mengajuk dan menyelar tindakan peniaga pada masa kini.

“Semua benda kau nak letak cheese leleh.

“Sekarang meniaga semua benda nak letak viral. Entah bila viral pun aku tak tahu, red velvet viral lah asam pedas viral lah haihhh,” ucapnya.

Bukan itu sahaja, Imran sempat berseloroh dengan memberikan nama kepada hidangan yang disediakannya seperti yang dilakukan oleh peniaga-peniaga di luar sana.

“Haa ni! Agar-agar santan tular..” jelasnya.

Menjengah ke ruangan komen, wargamaya terhibur dengan Imran dan mengakui di kawasan setempat mereka juga penjenamaan makanan oleh peniaga sering menggunakan perkataan viral.

“Kelakaelah kau dik.

“Dia boleh pergi bakukan pulak viral tu.

“Betul wei, kat taman rumah aku ada rambutan viral. Entah apa yang viral pun tak tahulah,” tulis netizen.

Sewaktu artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima 1.1 juta tontonan dan lebih 74,000 tanda suka.

Halimey Zamal