“Ajarlah Anak-Anak Hidup Secara Sederhana Supaya Mereka Tahu Bersyukur Dengan Apa Yang Ada” – Raf Yaakob

Perkongsian usahawan dan bekas suami kepada pelakon Mawar Rashid iaitu Raf Yaakob mencuri tumpuan ramai di media sosial, baru-baru ini.

Menerusi muat naik di Instagram (IG), Raf atau nama sebenarnya nama sebenarnya Raden Ahmad Faizal Yaakob berkongsi pesanan terhadap anak-anaknya.

“Ajarlah anak-anak untuk hidup secara sederhana supaya dewasa kelak mereka akan tahu betapa bahagianya jika kita bersyukur dengan apa yang kita ada.

“Kepada semua Radenku, ada kalanya ayah tidak dapat memberikan apa yang kamu mahukan.

“Saya hanya mengajar kamu erti pengajaran, sayang. Kamu tidak boleh memiliki segala-galanya dalam hidup.

“Belajar untuk bersyukur ok? Jangan bandingkan diri kita dengan orang di atas. Bandinglah diri kita dengan orang yang lagi susah. Dari situ kamu akan lihat betapa bertuahnya kamu. MasyaAllah TabarakAllah. Alhamdulillah,” coretnya.

Dalam pada itu, bapa kepada lima cahaya mata itu turut menitipkan doa agar permata hatinya itu terus menjadi anak-nak yang baik.

“Daddy akan sentiasa doa untuk semua anak-anak daddy. Jadi anak-anak yang soleh solehah, anak yang berjaya dunia akhirat.

“Daddy janji akan sentiasa beri sepenuh cinta abadi daddy kepada kamu. Love you all so much,” tutupnya.

Terdahulu, Mawar Rashid mengesahkan dia dan Raf Yaakob bersetuju untuk bercerai atas dasar tiada lagi persefahaman namun tidak mendedahkan bila mereka memfailkan cerai.

Untuk info, Raf dan Mawar mendirikan rumah tangga pada 2017.

Menerusi perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan empat orang anak iaitu Raden Muhammad, 5, Raden Seri Rosabella Cinta, 3, Raden Seri Riyanna Sayang dan Raden Seri Rose Camilya, 1.

ARTIKEL BERKAITAN: Raf Yaakob Kongsi Foto Beserta Kapsyen ‘Cinta’, Netizen Pula Suruh Cari Cinta Baru… Ini Reaksi Tuan Badan

ARTIKEL BERKAITAN: Sah Berpisah Dengan Mawar Rashid, Peminat Titip Doa Buat Raf Yaakob – “Manusia Hebat, Ujiannya Juga Hebat”

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas Buka Tudung & Umum Bercerai… Mawar Rashid Akan Kembali Berlakon, Masuk Studio Rakaman Bakal Jadi Penyanyi?

ARTIKEL BERKAITAN: Belanja ‘Selfie’, Peminat Puji Mawar Rashid Lawa… Namun Ada Yang Dakwa Wajah Hilang Seri? – “Kejap Buka Kejap Tutup, Macam Kedai Makan”

Khairil Khusyairi