“Jangan Meninggi Diri Ya Umai…” – Siti Nurhaliza Titip Nasihat Untuk Anak Saudara

Baru-baru ini, anak saudara Datuk Seri Siti Nurhaliza, Umairah atau Umai tampil membuat persembahan sepentas dengan penyanyi Indonesia, Cakra Khan sekali gus menjadi bualan ramai.

Bangga dengan pencapaian anak saudaranya itu, Siti Nurhaliza turut menitipkan nasihat kepada Umairah di ruangan komen sebuah hantaran di Instagram adiknya, Siti Sairah.

Siti berkata, dia berharap agar anak saudaranya itu tidak berhenti belajar dan sentiasa merendah diri.

“Alhamdullillah, ini permulaan yang baru masih jauh perjalanan Umai. Selalulah belajar dan jangan berhenti belajar, bila orang puji, jangan meninggi diri ye Umai. Selalu hormat orang lebih senior, selalu rasa dia ada kekurangan.

“Makiti doakan umai berjaya dalam setiap apa yang umai lakukan. Allah, Rasul , Ayah dan ibu jangan sesekali di lupakan, Inshaa Allah, selamat hidup,” komennya.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Terkejut Nama Anak Dipanggil, Siti Sairah Bangga Umairah Nyanyi Sepentas Dengan Cakra Khan

Fatin Nurain