Hiburan By: Padin February 8, 2023 @ 3:42pm

AJL 37: Ini Analisis Ringkas 12 Finalis, Siapa Agaknya Bakal Juara?

Bahang dan kehangatan Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL 37) yang bakal disiarkan pada Ahad ini, 12 Februari 2023 semakin dirasakan.

Siapa yang bakal bergelar juara? Penyanyi manakah yang bakal tampil dengan gimik di pentas AJL? Vokalis mana yang bakal menunjukkan taring dalam kategori vokal? Semuanya bakal terjawab di malam berprestij itu nanti.

Sebelum itu, jom kita layan analisis ringkas AJL 37 yang XTRA sediakan:

ANUGERAH TERINDAH
PENYANYI : ALIF SATAR
LIRIK : ALIF SATAR, SHAH SHAMSHIRI & ROMEO
KOMPOSER : ALIF SATAR, ROMEO, TAM COBAIN & EFRY ARWIS

Lagu ini berada dalam dimensi tersendiri dengan bait lirik yang mesra kedengaran di telinga biarpun menggunakan campuran Bahasa Melayu dan Inggeris di bahagian korus. Nyanyian memukau Alif serta dinamik muzik yang dibawakan oleh The Locos membuatkan lagu ini istimewa. XTRA ramalkan lagu ini bakal mendapat tempat di AJL 37 nanti.

DEBU
PENYANYI : DAYANG NURFAIZAH & AMIR MASDI
LIRIK : MAS DEWANGGA, JOVA DEVITO, FIRDAUS RAHMAT, MIKE CHAN, KARIM KARAM & ACAP SALIM
KOMPOSER : MAS DEWANGGA, JOVA DEVITO, FIRDAUS RAHMAT, MIKE CHAN, KARIM KARAM & ACAP SALIM

Kehebatan paduan vokal mantap Dayang dan Amir tidak dapat disangkal. Lagu ini unik dalam cara tersendiri, lebih-lebih lagi di bahagian ‘menahan atau berdiam membisu?’. Dayang dan Amir juga boleh mengulangi sejarah duo yang memenangi kategori Vokal Terbaik selepas kemenangan Ceritera Cinta nyanyian Jaclyn Victor dan Lah Ahmad pada tahun 2007 dan Aku Cinta nyanyian Syamel dan Ernie Zakri pada tahun 2017.

KORBAN
PENYANYI : ERNIE ZAKRI
LIRIK : ERNIE ZAKRI
KOMPOSER : ERNIE ZAKRI

Lagu hasil curahan hati Ernie untuk suaminya ini menjadi lagu pertama ciptaan sepenuhnya oleh Ernie yang berjaya ke AJL. Ernie mencurahkan segalanya di dalam lagu dan perasaan serta emosi pendengar terbuai tatkala mendengar lagu ini. Pastinya Ernie berusaha mahu mengulangi sejarah untuk memiliki trofi Vokal Terbaik yang pernah dimenanginya pada tahun 2017 (Aku Cinta) dan 2020 (Gundah).

BAHAGIAKAN DIA
PENYANYI : LIZA HANIM & SHILA AMZAH
LIRIK : ALIFF ISKANDAR & QUE AFIQ
KOMPOSER : ALIFF ISKANDAR

Lagu hasil air tangan komposer dan penyanyi muda, Aliff Iskandar ini mempunyai kelebihan tersendiri, lebih-lebih lagi apabila paduan suara dua penyanyi bervokal gemersik, Liza dan Shila ditampilkan dalam naskhah ini. Sudah pasti Shila dan Liza mempunyai perancangan tersendiri dalam memastikan kualiti vokal di malam AJL nanti bakal memukau peminat dan juri. Untuk rekod, Shila belum pernah memenangi kategori Vokal Terbaik dan Liza merupakan pemenang pertama kategori ini ketika ia diperkenalkan pada tahun 2002 menerusi lagu Gelisah Mimpi.

SATU MALAM DI TEMASEK
PENYANYI : JOE FLIZZOW & SONAONE
LIRIK : JOE FLIZZOW & SONAONE
KOMPOSER : SONAONE

Juara AJL 29 ini mempunyai kelebihan tersendiri menerusi lagu Satu Malam di Temasek dengan susunan muzik padu yang ‘up to date’ serta hamparan lirik yang mempunyai maksud mendalam. Ramai rakan-rakan industri meramalkan lagu ini bakal mendapat tempat di malam AJL 37 nanti.

KEMBALI TERANG
PENYANYI : MARSHA MILAN
LIRIK : SENNA
KOMPOSER : SENNA & AJIN

Biarpun memulakan perjalanan dalam bidang muzik menerusi program realiti nyanyian, suara memukau Marsha Milan mula ‘disedari’ oleh ramai selepas dia muncul menggenggam dua trofi di AJL tahun lalu. Pemenang Naib Juara dan Persembahan Terbaik AJL 36 ini muncul dengan balada yang menyerlahkan vokal lantangnya menerusi Kembali Terang. Mungkinkah ada rezeki Marsha untuk memenangi trofi Vokal Terbaik edisi AJL kali ini?

TERUS HIDUP
PENYANYI : AINA ABDUL
LIRIK : AINA ABDUL
KOMPOSER : AINA ABDUL

Selepas muncul dengan 3S (Sumpah, Semalam & Sepi) serta duet Nafas Cinta, Aina kembali melangkah ke AJL dengan lagu solo yang mempunyai dua patah perkataan sebagai tajuk iaitu Terus Hidup. Apa sahaja yang Aina tak lakukan? Persembahan berdarah, layar besar, busana emas, menyamar jadi pokok bunga, semuanya sudah. Dengan komposisi lagu balada merintih yang Aina bawakan, pastinya ramai tak sabar menanti apakah gimik yang bakal dilakukan oleh Aina untuk edisi kali ini. XTRA meramalkan lagu ini boleh mendapat tempat Top 3 di AJL 37 ini.

NANG
PENYANYI : IMAN TROYE
LIRIK : EZRA KONG & A.RAMLE
KOMPOSER : EZRA KONG & A.RAMLE

Penyanyi muda ini melangkah ke AJL 37 penuh gaya dengan kisah mitos Puteri Gunung Banang dalam Nang. Penyertaan pertama Iman ini bakal mencatat sejarah tersendiri dalam lipatan kerjaya gadis ini. Sebagai salah seorang BBNU yang sering diberikan perhatian, sudah pasti Iman mahu melakukan yang terbaik di pentas berprestij itu nanti. Agaknya apa yang bakal Iman paparkan di pentas AJL nanti ya?

PAYUNG PELANGI
PENYANYI : NOKI & MK
LIRIK : NOKI & MK
KOMPOSER : NOKI & MK

Dua jejaka kacak ini tidak boleh dipandang remeh. Status Noki sebagai juara AJL 35 ini pastinya memberikan kelebihan kepada MK yang pertama kali melangkah ke AJL. Gabungan dua lelaki yang berasal dari Sabah ini pastinya membuat ramai peminat ternanti-nanti gaya dan cara persembahan mereka.

SENGSARA
PENYANYI : KHAI BAHAR
LIRIK : JOHN JEEVES, FIRDAUS RAHMAT & OMAR K
KOMPOSER : JOHN JEEVES, FIRDAUS RAHMAT & OMAR K

Sengsara mempunyai kelebihan tersendiri kerana mempunyai unsur seram dalam lagunya kerana ia merupakan OST untuk naskhah Dendam Penunggu. Dengan kebolehan vokal Khai yang semakin baik, XTRA meramalkan lagu Sengsara bakal dibawakan oleh Khai dengan penuh perasaan. XTRA berharap agar Khai mempertaruhkan segala kelebihan yang ada agar berjaya membawa pulang kemenangan di malam AJL nanti.

IRAMA
PENYANYI : SHIHA ZIKIR
LIRIK : IQIE HUGH, FIRDAUS RAHMAT & JOHN JEEVES
KOMPOSER : IQIE HUGH, FIRDAUS RAHMAT & JOHN JEEVES

Irama bakal mempertaruhkan potensi sebenar Shiha untuk tampil solo di pentas AJL selepas muncul dengan 7 Nasihat (menggantikan Datuk Seri Siti Nurhaliza) bersama Kmy Kmo dan Luca Sickta di AJL 35 serta AEWO bersama Noki di AJL 36. Lagu rancak ini mempunyai kelebihan tersendiri untuk Shiha yang dikenali sebagai penyanyi yang mempunyai kebolehan menyanyi sambil menari. Jika tahun lalu Shiha memeriahkan pentas AJL 36 dengan api dan silap mata, XTRA sendiri tak sabar menantikan gaya persembahan yang bakal Shiha bawakan tahun ini, mesti gempak kan?

MAINAN
PENYANYI : NAIM DANIEL
LIRIK : ARISZ AB RAHMAN
KOMPOSER : FIRDAUS RAHMAT, OMAR K & MAS DEWANGA

Lagu ini mempunyai kebolehan tersendiri kerana ia menampilkan sisi berbeza Naim berbanding karya-karya lain. Biarpun baru sahaja habis persaingan dalam Famili Duo, pastinya Naim sudah mempunyai perancangan tersendiri untuk tampil memukau di pentas AJL 37 kelak.

Dihoskan oleh Sherry Alhadad dan Jihan Muse, jangan lupa saksikan AJL 37 pada 12 Februari ini, Ahad jam 9 malam di TV3 dan secara eksklusif di aplikasi Tonton.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 19 Dec 2017

“HABISLAH SUFIAN”- INI SEBAB KENAPA ELFIRA LOY DIKECAM!

El berkongsi mengenai perkara ini menerusi video yang telah dimuat naik menerusi laman Youtube dan Twink3l TV itu dan setakat ini sahaja telah mendapat tontonan lebih dari 198,264 tontonan. 

Hiburan Tue, 19 Nov 2019

Adira Dan Dato’ Red Buang Yang Keruh Demi Anak-Anak?

Alhamdullillah…semoga semuanya berakhir dengan kesudahan yang baik.

Featured Wed, 13 Dec 2023

Muat Naik Video Penghargaan, Patimah Ismail Anggap Puteri Sarah Isteri & Ibu Bertanggungjawab

Satu je min boleh cakap Datin memang contoh mak mentua terbaik!❤️❤️❤️

Featured Sat, 3 Sep 2022
Hiburan Wed, 12 Feb 2020
Contest Mon, 22 Jan 2018

#xtra好康头 | 送你《GoGo旺得福》贺岁专辑+红包封还不够!加码多送Jasmine新阳香米

[xtra好康头] 配合2018年戊戌狗年的到来,xtra除了将送你《GoGo旺德福》贺岁专辑以及限量版红包封外,还会加码多送10KG Jasmine新阳香米,与大家一起倒数迎接“旺得福”的到来!

Hiburan Sat, 22 Sep 2018

Gandingan Mantap Henry Golding Dan Emilia Clarke Dalam…

Selepas Crazy Rich Asian, beliau sekali lagi akan bergadingan dengan watak utama drama bersiri Games Of Thrones

Hiburan Mon, 11 Mar 2019

Pantene Encourages Women to Keep Active in Sports through #WANITABESI

Because women are capable of really anything!

error: Content is protected !!