AJL 37: Mega! Persis Kepulan Awan, Busana Aina Abdul Buat Ramai Terkesima – “Semua Perfect!”

Masih mengekalkan identiti dengan mengenakan fesyen unik, penyanyi Aina Abdul tampil dengan busana serba putih persis kepulan awan ketika membuat persembahan di acara berprestij Anugerah Juara Lagu ke-37 malam ini.

Pelantun lagu Terus Hidup itu turut memuat naik foto busananya di akaun Instagram sebelum melakukan persembahan.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikutnya kagum dan terkesima melihat busana seiring dengan persembahannya.

Busana yang direka khas oleh pereka fesyen tempatan, Melinda Looi menerima pujian ramai malah ada yang menyamakan busana mewah tersebut seperti ikan guppy.

Bukan sahaja busana membuat penonton kagum, rata-rata penonton akui meremang dan berpuas hati dengan persembahan serta vokal Aina.

Sehubungan itu, para penonton dan pengikut di Instagram mendoakan supaya Aina menjuarai Anugerah Juara Lagu 37 ini.

AJL 37 didimensikan oleh Alha Alfa Cosmetics sebagai penaja utama bagi menghangatkan acara yang memartabatkan lagu terbaik, tahun ini.

Tahun ini menyaksikan penganjuran AJL sangat gemilang dengan kehadiran penonton setelah dua tahun diadakan tanpa kemeriahan dan sorakan di dewan.

Gunakan hashtag #AJL37 dan #roadtoAJL37 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman sosial media.

Atiqah Johari