“First Class Performance, Showmanship Power!”- Satu Malam Di Temasek Nyanyian Joe Flizzow & Sona One Dipuji Mantap, Siti Nurhaliza ‘Claim’ Calon Bakal Bawa Pulang Gelaran Juara AJL37

Persaingan sengit bagi merebut gelaran juara Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37) semakin terasa apabila ramai dalam kalangan peminat yang membuat andaian sendiri siapakah yang bakal membawa pulang gelaran tersebut sebaik sahaja calon juara kegemaran mereka membuat persembahan.

Ini termasuklah persembahan dari penyanyi rap popular, Joe Flizzow dan Sonaone yang dianggap tampil dengan persembahan berkelas antarabangsa.

Walaupun mempunyai saingan sengit dalam kalangan artis yang bertanding, gabungan dua penyanyi rap ini tidak tampil dengan persembahan pentas yang hanya ‘cukup makan’ melainkan menyajikan peminat dengan persembahan terbaik mereka.

 

Bahkan, menerusi tinjauan XTRA di platform media sosial, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi ciapannya di Twitter memuji persembahan dan ‘showmanship’ yang ditunjukkan pasangan penyanyi rap ini.

Malah mengandaikan nyanyian mereka menerusi lagu Satu Malam Di Temasek mampu membawa pulang gelaran Persembahan Terbaik dan juga bakal bergelar Juara AJL37.

 

Salma Syahbuddin