Acara By: Aqilah Paharuzi February 12, 2023 @ 3:46pm

AJL 37: Meriah! Band Legenda Blues Gang, Exist Antara Penyeri Segmen Interlude Malam Kemuncak AJL

Debaran kian terasa! Selain menanti kemunculan finalis-finalis hebat mempertaruhkan karya mereka, tidak lengkap acara berprestij ini tanpa kehadiran penyanyi jemputan sebagai penyeri malam kemuncak Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-37.

Buat julung kalinya, istimewanya pada tahun ini segmen khas interlude anugerah berprestij AJL ke-37 bakal dimeriahkan oleh band popular rock kapak, Blues Gang dan Exist.

Segmen interlude yang bakal disajikan buat penonton di hujung acara pastinya akan mengimbau pelbagai memori nostaljia zaman bercinta saat lagu-lagu hits mereka didendangkan.

AJL 37 didimensikan oleh Alha Alfa Cosmetics sebagai penaja utama bagi menghangatkan acara yang memartabatkan lagu terbaik, tahun ini.

Bertemakan dimensi muzik, AJL buat julung kalinya menggandingkan dua pengacara wanita popular, Sherry Alhadad dan Jihan Muse sebagai hos utama.

Kemeriahan acara karpet merah akan strim langsung secara HD di www.tonton.com.my dari jam 8.00 malam hingga 9.00 malam menerusi Karpet Merah Tonton yang dihoskan oleh Muaz Mohamed dan Fiza Frizzy.

Bagi mereka yang strim langsung di www.tonton.com.my, mereka dapat berinteraksi secara langsung dengan para finalis dalam program Backstage AJL 37 yang dihoskan oleh Nadia Hasnan dan Imran Aqil.

Siapakah yang bakal bergelar juara bagi edisi kali ini? Jangan lupa saksikan malam kemuncak AJL 37 malam ini jam 9.00 malam di TV3 dan strim langsung secara HD, eksklusif di platform penstriman Tonton www.tonton.com.my.

Sebanyak 12 finalis AJL 37 yang akan berentap iaitu Ernie Zakri (Korban), Marsha (Kembali Terang), Aina Abdul (Terus Hidup), Iman Troye (Nang), Shila Amzah dan Liza Hanim (Bahagiakan Dia), Joe Flizzow dan Sona One (Satu Malam Di Temasek), Aliff Satar (Anugerah Terindah), Dayang Nurfaizah dan Amir Masdi (Debu), Noki dan MK (Payung Pelangi), Khai Bahar (Sengsara), Shiha Zikir (Irama) dan Naim Daniel (Mainan).

Jangan lupa juga untuk gunakan tanda pagar #AJL37 di setiap posting anda dalam menghangatkan perbualan alam maya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 13 Feb 2018

GILIRAN ABAM JADI PENYANYI

Pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 ini mahu membuktikan dirinya seorang yang versatile. Cayalah Abam!

Hiburan Sat, 16 Feb 2019

‘Akaun Laman Sosial Tutup Tapi Belum Minta Maaf’- Misha Omar

Penyanyi lagu Sampai Bila itu mendakwa adalah tidak adil dengan hanya mendiamkan diri selepas memadam dan menutup akaun laman sosial mereka.

Featured Wed, 17 Jul 2019
LIFESTYLE Tue, 4 Dec 2018

Nak Panjangkan Bulu Mata Atau Lentikkan, Jom Baca Ni.

Nak tampil lebih muda, lebih segar dan lebih vibrant apa kata cuba tips ini

Featured Thu, 16 Sep 2021

Jom Semak 5 Filem Patriotik Yang Buat Anda Bangga Jadi Rakyat Malaysia!

Selamat menyambut Hari Malaysia! Ada pelbagai perkara yang patut kita syukuri sebagai rakyat Malaysia. Negara kita masih aman tanpa rusuhan atau peperangan dan rakyatnya juga berbilang kaum. Bersempena sambutan Hari Malaysia, pastinya pelbagai seleksi filem

Featured Mon, 11 Oct 2021

Siti Nordiana, Ben Amir, Haqiem Rusli Antara Artis Yang Raih Undian Tertinggi, Jom Semak SENARAI PENUH Calon Top 5 ABPBH 34

Bahang kehangatan malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 semakin dirasai apabila finalis bagi 14 kategori utama dan empat kategori online diumumkan ketika majlis Pengumuman Malam Kemuncak ABPBH 34 yang bersiaran secara langsung melalui

LIFESTYLE Wed, 14 Feb 2018

INI MUNGKIN IDEA VALENTINE UNTUK SI DIA

Kami kongsikan serba sedikit idea untuk kamu berikan pada yang tersayang. Pastinya si dia tersenyum lebar sepanjang hari…

Featured Tue, 30 Nov 2021

Sepandai-Pandai Tupai Melompat… Cubaan Remaja 14 Tahun Mencuri Dikantoikan, Rupanya Tuan Rumah Pegawai Polis!

Seorang pengguna Facebook berkongsi pengalamannya berhadapan dengan seorang perompak yang telah cuba memasuki rumahnya pada jam 4:30 pagi pada Ahad di kediamannya di Taman Sri Telok Emas, Melaka. Menerusi perkongsiannya di bawah nama pengguna Nurul

Trending Mon, 10 Dec 2018

Roger Sudah Tiada…Kangaroo ‘Sado’ Ini Pernah Curi Tumpuan Dunia Pada 2015

Roger amat disayangi oleh seluruh penduduk di dunia ini. Walaupun jasadnya sudah tiada, semangat Roger akan sentiasa ada di sini

| Live TV