AJL 37: Tak Pernah Lupa! Ini Ramalan Neelofa Siapa Yang Akan Mengungguli AJL Kali Ini…

Debaran kian terasa! Ketika bahang Anugerah Juara Lagu Ke-37 (AJL 37) makin dirasai, pasti ramai yang ternanti-nanti siapakah yang bakal menjuarai AJL 37 untuk edisi kali ini.

Seperti kebiasaan pengacara dan usahawan popular, Neelofa sering menjadi bualan warganet apabila akan membuat ramalan mengenai AJL di laman Twitternya.

Jika pada AJL 36 lalu, ramalan Neelofa sekali lagi tepat apabila lagu Pelukan Angkasa nyanyian Shila Amzah dan SOG diangkat sebagai Juara AJL 36.

Untuk AJL 37 yang bakal berlangsung esok, Neelofa dalam satu hantaran di Twitter hari ini meramalkan beberapa lagu yang bakal mengungguli carta tiga terbaik iaitu Anugerah Terindah nyanyian Alif Satar & The Locos serta Terus Hidup nyanyian Aina Abdul.

“Tahun lain, ramalan lain! Saya menyokong dan mengharapkan Alif Satar akan tersenarai dalam 3 terbaik #AJL37.

“Bakat dan serba boleh Alif adalah sangat terbaik. Tidak lupa juga kepada Aina Abdul, dia ada segalanya!,” tulis Neelofa dalam satu ciapan.

Terdahulu, pada edisi ke-35, Neelofa meramalkan Aina Abdul menerusi lagu Semalam untuk bergelar juara namun Aina sekadar meraih naib juara.

AJL 34 pula menyaksikan ramalan bekas pengacara Nona itu mengena apabila lagu Sumpah nyanyian Naim Daniel dinobat juara kesuluruhan.

Siapakah yang bakal bergelar juara bagi edisi kali ini? Jangan lupa saksikan malam kemuncak AJL 37 pada 12 Februari 2023 jam 9.00 malam di TV3 dan strim langsung secara HD, eksklusif di platform penstriman Tonton www.tonton.com.my.

Sebanyak 12 finalis AJL 37 yang akan berentap iaitu Ernie Zakri (Korban), Marsha (Kembali Terang), Aina Abdul (Terus Hidup), Iman Troye (Nang), Shila Amzah dan Liza Hanim (Bahagiakan Dia), Joe Flizzow dan Sona One (Satu Malam Di Temasek), Aliff Satar (Anugerah Terindah), Dayang Nurfaizah dan Amir Masdi (Debu), Noki dan MK (Payung Pelangi, Khai Bahar (Sengsara), Shiha Zikir (Irama) dan Naim Daniel (Mainan).

Khairil Khusyairi