Categories: HiburanSelebriti

Juara AJL33, Siapa Finalis Pilihan Anda?

Sudahkah anda bersedia menyaksikan persembahan terhebat daripada 12 penyanyi kegemaran anda di Anugerah Juara Lagu 33 malam ini?

Jangan ketinggalan menyaksikan persembahan pembukaan daripada kumpulan Search dan DJ Fuzz yang pastinya memukau peminat dari dua genre muzik popular tepat jam 9 malam di TV3 sebentar saja lagi!

Persembahan bahagian pertama AJL 33 dimulakan dengan barisan artis kategori BBNU iaitu Khai Bahar, Haqiem Rusli ft Aman Ra dan Syamel.

Khai mempertaruhkan karyanya sendiri berjudul Luluh diikuti Haqiem dengan lagu Jatuh Bangun hasil ciptaan Haqiem Rusli, Omar K, Ikhwan Fatanna dan Aman Ra.

Manakala juara vokal terbaik AJL32 Syamel pula mempertaruhkan lagu Kau Pun Sama karya Syamel sendiri bersama Kidd Santhe & DJ Biggie of Monster Sound.

By Endy Ashari

SGMS Faida