Categories: HiburanSelebriti

Wany Hasrita Jangka Ara Johari Menang Besar Di AJL 33

Bintang Paling Popular Wany Hasrita yang tampil di karpet merah Anugeraj Juara Lagu 33 menjangkakan sahabatnya, Ara Johari bakal menang besar, malam ini.

Wany ketika ditemui memaklumkan lagu itu memiliki kekuatannya tersendiri.

“ Selain Ara, saya rasa Kak Misha juga ada potensi untuk menang lagu terbaik. Itu hanya tekaan saya. Semua terpulang kepada pihak juri,” katanya ringkas.

Lagu Bunga ciptaan Akim, Laq dan Kadok bakal dipersembahkan oleh penyanyi Ara Johari di pentas AJL 33 jam 9 malam ini di TV3.

Pada edisi ke-32, Ara bertanding dengan lagu Warkah Untukku, juga ciptaan Akim atau Hang Nadim dan Laq. Namun, ketika itu, Ara gagal beraksi dengan baik akibat masalah kesihatan.

SGMS Faida