[AJL34] Menangi 1 Ribu Kredit Petrol Bila Korang Undi Finalis Kegemaran Di Aplikasi SETEL!

3 Hari Lagi!

Acara kemuncak Anugerah Juara Lagu ke-34 #AJL34 semakin menghampiri. Korang dah undi belum artis kegemaran korang? Tunggu apa lagi, jangan lepaskan peluang untuk mengundi artis kegemaran korang di aplikasi Setel untuk memenangi RM1,000 baki petrol e-wallet!

100 peserta bertuah bakal dipilih untuk memenangi RM1,000 kredit petrol e-wallet Setel dengan hanya membuat undian bagi Anugerah Pilihan Peminat Setel. 

 

Carta Undian Terkini

Empat finalis #AJL34 iaitu Haqiem Rusli, Hafiz Suip, Naim Daniel dan Ernie Zakrie sedang mengungguli carta undian terkini bagi Anugerah Pilihan Peminat Setel. Kalau nak lihat artis korang menang, kenalah undi okay!

 

 

Cara Mengundi

Apa yang korang perlu lakukan ialah dengan memuat turun aplikasi  Setel. Kemudian, tekan ‘Undi’ pada artis kegemaran korang. 

100 pemenang bertuah bakal menerima RM1,000 baki petrol e-wallet Setel.  Pemenang akan diumumkan pada 10 Februari 2020 di laman sosial rasmi Setel dan sosial media platform TV3.

Untuk maklumat lanjut, layari www.setel.my/promotions . Cepat sertai sekarang! Peraduan tamat pada 9 Februari 2020 ini tertakluk pada terma dan syarat. 

Syafiqa Irdina