“Akak Nak Adik Sampaikan COVID-19 Is Real, Tolonglah Dapatkan Vaksin..”- Nasihat Jururawat Buka Mata Shuib

Setelah pemergian isteri tercinta akibat virus COVID-19 , pelawak dan pelakon terkenal Shuib Sepahtu menyeru orang ramai agar membuka mata dan mengambil langkah berjaga-jaga dengan segera mendapatkan vaksin.

Menurut Shuib lagi, pada mulanya dia tidak begitu mengambil peduli mengenai bahaya virus COVID-19 namun setelah virus itu meragut nyawa insan tercinta, Shuib akhirnya tersedar dan menyeru ramai rakyat Malaysia untuk segera divaksin.

Malah, Shuib turut menceritakan bahawa Siti Sarah tidak mendapatkan vaksin menyebabkan virus COVID-19 yang menjangkiti paru-parunya sukar untuk dirawat.

“Covid-19 is real, sebelum perginya isteri saya, maid saya telah pergi dulu, minggu lepas, hari Jumaat, Covid-19 is real,d dulu saya orang yang tak berapa percaya pun dengan Covid-19. Tapi bila dah kena batang hidung saya.

“Sebab tadi sebelum saya keluar ICU, lepas tengok isteri saya, ada satu nurse panggil saya, dia cakap Shuib, akak tahu tentang Sarah ni memang viral, semua orang mendoakan dia tapi akak nak sampaikan sesuatu, semoga ada kebaikan bila perkara ini berlaku dia cakap.

“Akak nak adik sampaikan yang…Saya banyak kali dengar cerita vaksin, saya dah divaksin sekali, saya banyak kali dengar pasal vaksin, tapi akak tu cakap dengan saya, Shuib kita kena sedarkan rakyat Malaysia tentang vaksin, sekurang-kurangnya dengan vaksin mungkin dapat membantu ” kongsinya.

Shuib menyeru orang ramai agar sentiasa menjaga diri dan mendapatkan vaksin serta membeli oxymeter untuk memeriksa paras oksigen dalam badan sebagai langkah berjaga-jaga.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”

Recent Posts