“Tiada Sakit Yang Paling Dalam Selain Kehilangan Ayah Ibu..”- Bapa Amylea Azizan Meninggal Dunia Akibat Komplikasi Jantung

Penyanyi berbakat besar, Amylea Azizan memaklumkan pemergian bapanya, Azizan Zainal Abidin yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman sebentar tadi.

Menerusi laman Instagram miliknya, pelantun lagu Tetap Kamu itu memaklumkan berita pemergian bapanya yang telah lama bertarung nyawa di Institut Jantung Negara dan ditempatkan di Unit Rawatan Koronari (CCU) selepas mengalami komplikasi akibat jangkitan kuman.

“I have lost him forever. No greater pain than losing a father or a mother.. Allah SWT saja yang tahu dugaan demi dugaan. My father is gift Allah lend to me and I cannot be more grateful for having such a great father.

“Thank you Allah for all the years given to me, thank you for making me his daughter, I am so proud of him. I love him so so much. Terlalu banyak budi belum saya balas. I am hoping to be reunited in the life after.

“Doakanlah dia ya.. Saya merayu sedekahkan doa buat dia.. He is such a kind person. Azizan Zainal Abidin. 20 Mac 1959 – 11 Ogos 2021.

“Ampunkan salah silap, halalkan makan minumnya.. Sekiranya ada hutang-hutang yang saya tak tahu, tolong khabarkan pada saya.” tulisnya.

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut menzahirkan ucapan takziah di atas kehilangan penyanyi itu.

Salam takziah buat seluruh keluarga Amylea Azizan. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”