Categories: Trending

24 Jam Buletin TV3 Di Laman Web Berita Harian

Media Prima Berhad menjadi platform penting untuk rakyat Malaysia mendapatkan informasi terkini sementara kekal selamat duduk di rumah sepanjang wabak COVID-19 ini.

Buletin TV3 komited dalam menyalurkan berita dan juga video terkini dari dalam dan luar negara menerusi beberapa slot berita iaitu Buletin Utama, Buletin 130, Nightline, Buletin Pagi dan Berita Terkini yang menjadi santapan rohani bagi penonton.

Untuk memastikan penonton TV3 tidak terlepas menonton berita yang disampaikan di platform televisyen, TV3 telah bergandingan dengan Berita Harian untuk melebarkan empayar Buletin TV3 ke laman web Berita Harian di www.bharian.com.my.

Gandingan kolaborasi strategik ini juga dapat memaksimumkan tontonan digital dalam kalangan pengguna yang mahukan berita terkini yang cepat dan sahih. Maklumat terkini yang dikongsikan ini adalah meluas seperti topik-topik sosial, ekonomi, politik, sukan, human interest, teknologi, bisnes dan banyak lagi.

Kini, penonton TV3 dan juga pembaca surat khabar Berita Harian boleh mendapatkan berita terkini dari dalam dan luar negara sepanjang 24 jam menerusi laman web Berita Harian di www.bharian.com.my bermula 1 Ogos 2021 ini.

Pastikan anda menonton klip-klip video terkini Buletin TV3 dan strim live Buletin Utama, Buletin 130, Buletin Pagi dan Nightline di laman web Berita Harian.

Untuk makluman, berikut ialah waktu siaran langsung Buletin TV3.

Buletin Pagi
Isnin hingga Jumaat, 9.00 pagi
Sabtu dan Ahad, 9.30 pagi

Buletin 130
Setiap hari, 1.30 petang

Buletin Utama
Setiap hari, 8.00 malam

Nightline
Setiap hari, 12.00 tengah malam

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia.

Padin