Akaun TikTok Kena Banned… Guna Bahasa F Luah Rasa Geram, Perkongsian Uyaina Arshad Dihujani Komen Lucu

Pelakon Uyaina Arshad sekali lagi meraih perhatian dalam kalangan warganet selepas melihat gelagatnya meluahkan perasaan gara-gara akaun TikToknya dinyahaktif.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Uyaina menerusi sebuah hantaran di akaun TikTok terbaharunya, semalam.

Dalam perkongsian tersebut, Uyaina telah menggunakan bahasa F untuk mengelakkan akaun terbaharunya itu dinyahaktif sekali lagi.

Menurut Uyaina, dia geram apabila setiap perkongsiannya berkaitan isu Palestin dibuang oleh pihak TikTok.

@uyaina.arshadSifiafapafa fafahamfam kofomenfen sifikitfit katfat bawfawahfah! Yahudim betum!!!! Ni gurauan je tau guys. Saya sayang Bahasa Melayu saya ♥️🇲🇾

♬ original sound – UA

Terhibur dengan gelagatnya yang gigih mempertahankan Palestin, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons dalam kalangan warganet di ruangan komen.

ARTIKEL BERKAITAN: “Akaun TikTok Saya Disekat Selama-Lamanya” – Uyaina Arshad

ARTIKEL BERKAITAN: Uyaina Arshad Buka Mulut Isu Palestin, Lantang Beri Pesanan Pada Golongan ‘Neutral’ – “Selagi Mereka Tak Bebas, Kita Tak Bebas”

Fatin Nurain