Categories: SelebritiTrending

“Terkejut Aku! Preggy 6 Weeks Apanya Nikah Baru Sebulan” – Ungku Ismail Kongsi Momen Nad Zainal Disahkan Hamil

Pelakon Ungku Ismail Aziz yang juga suami kepada pelakon Nad Zainal, mengenang semula saat isterinya disahkan hamil selepas sebulan bernikah.

Kongsi Ungku Ismail di Instagramnya, mereka dikurniakan rezeki anak sebelum sempat berbulan madu dengan usia kandungan mencecah enam minggu.

“Kami pun tak tunggu bulan madu 🥰 teringat masa first pregnant test Nad early Februari lusanya pergi check up sebab makin tebal line (alat ujian kehamilan).

“Check up pertama tak ada apa, cuma rahim mengembang. Check up kedua, dah nampak ada bulat hitam, Doktor kata tahniah, dah 6 weeks,” katanya.

Namun begitu, dia akui terkejut apabila Nad disahkan hamil enam minggu kerana usia perkahwinannya baru sahaja sebulan.

Oleh itu, dia dijelaskan oleh doktor bahawa usia kandungan dikira mengikut kitaran haid terakhir bukannya tarikh nikah.

“Terkejut aku. 6 weeks apanya, nikah baru sebulan lepas. ‘Ya, kita kira ikut last period cycle’ maknanya bukan date nikah 😂,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, dia tidak menyangka dikurniakan anak secepat itu kerana isterinya masih menjalani rawatan kemoterapi dan mengambil ubatan yang bersteroid tinggi.

“Rezeki Allah yang bagi. Tak expect sebab Nad under chemo & heavy steroid medication,” kata Ungku.

Bukan itu sahaja, dia turut mendoakan kepada pasangan di luar sana yang sedang menanti kehadiran zuriat dipermudahkan urusan.

“Kepada pasangan ini Tahniah. Banyakkan berdoa agar semua dipermudahkan. Doa saya juga kepada yang struggle menanti.

“Yang terbaik datang kepada mereka yang banyak bersabar. Teruskan beramal dan berdoa. Allah sesungguhnya Maha Pemurah,” titipnya.

Untuk rekod, Ungku Ismail dan Nad Zainal berkahwin pada 23 Januari 2023 dan dikurniakan anak lelaki pada 10 Oktober lalu.

Menerusi perkahwinan terdahulu, Nad turut memiliki dua orang anak iaitu Fahad Ibrahim dan Budi Kalsom.

Artikel Berkaitan: Sedang Berpantang, Nad Zainal Selamat Melahirkan Cahaya Mata Ketiga!

Artikel Berkaitan: “Baru Kahwin, Cepatnya…” – Netizen Dakwa Nampak ‘Baby Bump’, Ini Jawapan Nad Zainal

Artikel Berkaitan: Tahniah! Berpakaian Sedondon Serba Putih, Nad Zainal & Ungku Ismail Sah Bernikah 23 Januari Lalu

Atiqah Johari