Akhiri Zaman Duda, Rashidi Ishak Kini Suami Pengarah Kampung People

Selepas lima tahun bergelar duda, pelakon Rashidi Ishak akhirnya telah menamatkan zaman solonya dengan memperisterikan pengarah drama popular, Wan Hasliza Wan Zainuddin.

Berita gembira itu telah disahkan oleh jurusolek drama dan filem, Mas Hashim menerusi sebuah perkongsian di Facebook miliknya, sebentar tadi.

Dalam perkongsian tersebut, Mas telah berkongsi  gambar pasangan itu yang segak berpakaian serba putih di atas pelamin.

“Tahniah Rashidi Ishak dan Wan Hasliza Wan Zainuddin. Semoga berkekalan hingga ke hujung nyawa,” tulisnya.

Wan Hasliza merupakan pengarah dan penerbit bagi siri drama popular seperti Kampung People, Keluarga Iskandar dan banyak lagi.

Terdahulu, Rashidi pernah mendirikan rumah tangga bersama Vanidah Imran pada 1 Oktober 2000, namun bercerai pada 9 Ogos 2018.

Hasil perkongsian perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mikhail Imran dan Maryam Rashika.

Fatin Nurain