Akhirnya Aidil Aziz Terima Fasha Sandha

Tidak mahu mempertikaikan mengenai hubungannya dengan Fasha Sandha, Aidil Aziz berharap agar semua pihak mendoakan yang terbaik untuk dirinya dan Fasha.

“Saya malas mengambil peduli kata-kata negatif yang mempertikai hubungan kami. Lebih baik saya memandang hari depan. Doakan yang baik buat kami dan Inshaa Allah, sampai masa nanti segala persoalan akan terlerai.” Katanya

Menurut Aidil, 31, Fasha disifatkan sebagai seorang wanita yang baik hati, berfikiran positif dan sentiasa menyuntik kata semangat untuk dirinya terus menggapai cita-cita beliau. 

Baginya, dia sudah bersedia untuk memikul sebarang tanggungjawab sebagai suami jika betul dirinya bertemu jodoh bersama pelakon berusia 34 tahun itu. 

Kenyataan mengenai perhubungan antara Aidil dan Fasha mula terlerai apabila sebelum ini Fasha turut mengakui bahawa Aidil merupakan lelaki paling rapat dalam hidupnya. 

Apapun keputusan yang bakal diambil oleh kedua-dua pasangan ini diharap semuanya akan berjalan dengan lancar. Doa saja yang baik-baik okay!

Salma Syahbuddin