Akhirnya DSV Dedah PA Baru Gaji RM10,000 – Muda & Pemalu Tapi Netizen Kata Tak Ada ‘Life’ Sebab…

Usahawan kosmetik yang sarat dengan kontroversi, Datuk Seri Vida (DSV) akhirnya mendedahkan pembantu peribadi (PA) yang dicari-carinya selama ini.

Pemuda berusia 26 tahun yang dikenali sebagai Qushayry atau nama sebenarnya Syed Qushairi Syed Mahmud Iskandar ini  merupakan usahawan muda yang memiliki produknya sendiri.

Namun, bagi Vida itu bukan penghalang untuk Qushayry menimba pengalaman dalam dunia perniagaan dan menjadi pembantu peribadinya.

“Bismillah, PA baru saya (Abang Qu). Buat yang baru ikuti saya, dah lama saya cari PA untuk bantu saya. Ramai yang hantar resume. MasyaAllah, semua hebat-hebat.

“PA baru saya ni @abgqu1 pemalu sikit orangnya. Saya pula jenis yang happy sokmo…Haha! Tak tahu macam mana nanti. Doakan ye, semoga kemasukan dia memberi barokah.

“Rezeki semua rahsia Tuhan, tak tercepat tak terlambat. Mana la tahu yang komen di positif positif di posting ini dapat Rezeki (Hadiah) dari saya? Tiber haha. InsyaAllah doakan tau perniagaan QuPuteh saya berikan manfaat kepada semua orang.

“Kehadapan PA baru saya Abang Qu, kerja baik baik, dikasihi team QuPuteh. Teruskan semangat untuk sama sama kami memberi manfaat kepada semua. Aamin.

“Insya-Allah ini merupakan bullet untuk empayar DSV. Hari pertama bekerja saya sangat bersemangat,” katanya.

Selain itu, terdapat segelintir warganet yang mempertikaikan skop pekerjaan PA baru DSV ini yang seolah-olah dilihat sebagai produk promoter dan tidak ada ‘life’ kerana harus berkepit dengan DSV.

Namun, ramai juga yang memberikan kata-kata semangat agar DSV dan Abang Qu dapat bekerjasama dengan baik tanpa menimbulkan sebarang kontroversi.

 

Salma Syahbuddin