AKHIRNYA G-DRAGON TAYANG KEKASIH

Kalau sebelum ni Seungri digosipkan dengan wanita kebal AirAsia Indonesia, Raline Shah. Kali ni, ketua kumpulan Big Bang pula iaitu G-Dragon dilaporkan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon dan juga anggota kumpulan  After School, Lee Joo Yeon.

Selepas beberapa tahun bergerak solo tanpa teman istimewa disisi, G-Dragon kini dikatakan sedang rapat dan dikhabarkan telah menghabiskan cuti panjang beliau bersama Lee di salah sebuah pulau yang terkenal di Korea. 

“G-Dragon dan Jooyeon terbang ke pulau itu dengan penerbangan beransingan dan mereka kemudian bertemu di pulau berkenaan. Jooyeon juga turut ditemani oleh seorang pengurus kumpulan Big Bang.”

“Ini bukan pertama kali kedua-dua pasangan itu dikaitkan mempunyai hubungan cinta apabila mereka dilaporkan pergi ke Hawaii pada November lalu,” 

G-Dragon dan Lee semasa percutian mereka

G-Dragon bersama Lee

Bagaimanpun, pihak pengurusan G-Dragon iaitu YG Entertainment masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kisah cinta mereka. 

G-Dragon yang sebelum ini dikaitkan bercinta dengan model, pelakon dan pereka fesyen terkenal Jepun, Kiko Mizuhara dikatakan telah mengakhiri hubungan mereka pada tahun 2010.

 

G-Dragon dan Taeyang dilaporkan akan mengikuti latihan ketenteraan pada Februari ini selama dua tahun. Apapun, all the best Big Bang!

Salma Syahbuddin