Featured By: Salma Syahbuddin April 15, 2022 @ 5:08pm

Akhirnya Hak Jagaan Anak Vanessa Angel Selesai, Gala Sky Diserah Kepada Bapa Mertua

Akhirnya hak penjagaan anak kepada pasangan Allahyarham Vanesza Adzania atau lebih dikenali sebagai Vanessa Angel dan Bibi Adriansyah akhirnya selesai apabila hampir lima bulan perkara ini menjadi kes mahkamah.

Memetik laporan Tribunnews, hak penjagaan anak pasangan ini iaitu Gala Sky akhirnya terjawab apabila pihak Mahkamah Agama Jakarta Barat Indonesia memberikan hak penjagaan tersebut kepada bapa mentua arwah Vanessa.

Bersyukur dengan keputusan pihak mahkamah, bapa Allahyarham kepada Bibi Adriansyah ini mengakui niat nya cuma mahu menyelamatkan cucunya itu namun tidak menyangka ia akan mengambil masa yang agak lama.

“Walaupun saya sudah merasakan keputusan itu berpihak kepada siapa, tapi saya rasa saya rasa amat terharu kerana perjuangan ini memakan masa yang lama.

“Niat saya baik dan hanya ingin menyelamatkan cucu tetapi ia mengambil masa selama lima bulan untuk dapat hak penjagaan, Gala,” katanya.

Tegasnya lagi, Faisal akan membersihkan nama cucu, anak dan menantunya itu selepas pelbagai spekulasi timbul saat kemalangan terjadi pada November lalu.

“Saya yakin cucu, anak dan menantu saya orang baik. Ini adalah cucu saya dan saya perlu selamatkan namanya kerana terlalu banyak perkara tidak sepatutnya berlaku,” jelasnya.

Terdahulu, selepas tragedi yang menimpa pasangan suami isteri ini pada November 2021 akibat kemalangan jalan raya di Tol Ngajuk, Surabaya, Faisal telahpun menuntut hak penjagaan cucunya itu ketika Gala Sky masih berusia dua tahun.

Namun, perebutan hak penjagaan berlaku antara Faisal dan ayah kepada Vanessa iaitu, Doddy Sudrajat yang sebelum ini mendakwa arwah anaknya itu hamil anak luar nikah sekaligus menuntut hak penjagaan Gala diberikan kepada waris keluarga Vanessa.

 

Sumber : Tribunnews, Detik Hot, Instagram

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 27 Feb 2018

Panas! Ini Jawapan Hijabista Famous Menari Di Kelab Malam

Menurut Nisa, dia menari kerana telah ditarik oleh seorang petugas yang berada disitu.

Featured Wed, 27 Apr 2022
Hiburan Sun, 20 May 2018

13 Fun Facts About BTS Anyone Should Know

If you’re a new fan, you might want to know some of these things.

Featured Mon, 6 Apr 2020
Hiburan Thu, 2 Jan 2020

Selepas Tiga Tahun, Justin Bieber Akhirnya…

Bieber yang bakatnya dicungkil menerusi platform Youtube pada tahun 2007 mencetuskan fenomena luar biasa di seluruh dunia.

Featured Wed, 12 Oct 2022

[VIDEO] Sering Dipersoal Mengenai Status Agama, Kevin Zahri Dedah Dia Kini…

Kevin dengan tenang dedahkan status agamanya yang sering dipersoalkan oleh orang ramai

Hiburan Wed, 17 Apr 2019

汇集「金视奖」精英!时代剧《守百年之约》513隆重启播

时代剧《守百年之约》一部汇集了历届「金视奖」精英的重头巨作!

Hiburan Tue, 24 Sep 2019

Bekas Suami Bakal Jual Rumah, Kris Dayanti Siap Sedia Untuk…

Anang dilaporkan mahu menjual kediaman mewah bernilai jutaan Ringgit namun alasan sebenar masih belum diketahui sehingga kini.