Nazim Othman Dan Bella Dally Sah Cerai!

Menutup segala spekulasi terhadap desas-desus tentang status rumahtangga mereka sebelum ini, akhirnya Nazim Othman telah mengakui bahawa beliau dan Bella Dally akhirnya sah bercerai.

Kenyataan tersebut dibuat oleh Nazim Othman sendiri melalui satu entri yang dimuat naik menerusi laman instagram beliau. Tanpa memaklumkan bilakah tarikh sebenar perpisahan mereka, Nazim berkata perkahwinan yang dibina pada 10 September 2016 itu tidak dapat diselamatkan lagi. Namun, masih mengucapkan terima kasih terhadap doa-doa yang dipanjatkan buat mereka selama ini khasnya terhadap peminat-peminat.

Sumber : Instagram @nazimothman

Sementara itu Bella juga dilihat turut berkongsi perkara yang sama melalui laman instagram beliau dan ini sekaligus menguatkan lagi statement yang dibuat oleh Nazim. 

Apapun, diharap netizen tidak membuat sebarang spekulasi terhadap punca ataupun masalah yang membawa kepada keretakan rumahtangga mereka. 

Buat Nazim Othman dan Bella Dally semoga tabah dan kuat dalam menghadapi dugaan ini!

Salma Syahbuddin