Categories: Events

Karnival Celebfest Taqwa Kali Ini Lebih Meriah!

Sambutan hangat rakyat Malaysia terhadap Celebfest, Singapura pada tahun lalu sekali lagi dimeriahkan pada tahun ketiga kali ini. Portal penstriman nombor satu Malaysia, tonton dengan kerjasama Singtel menyertai acara karnival bazar Taqwa Celebfest yang akan berlangsung di Suntec Convention & Exhibition Centre ini akan bermula pada 18 hingga 20 Mei 2018 ini.

Beginilah kemeriahan sekitar Celebfest 2017

Pengarah Tonton Pelesenan & Pembarangan, Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad, Airin Zainul berkata ia adalah usaha tonton bagi memperkasakan portal penstriman ini selain promosi kandungan hiburan tempatan di sana.

“Penyertaan itu adalah usaha mempromosikan kandungan hiburan tempatan ke luar negar. Ia juga membuka peluang kepada peminat untuk beramah mesra dan mendekati selebriti kesayangan mereka” Katanya

“Menerusi respon positif kerjasama yang dicapai oleh tonton dan Singtel pada tahun lalu, kami amat yakin bahawa lebih banyak peluang kerjasama bakal dijalinkan pada masa hadapan. Kami akan terus menyajikan kandungan rancangan berdefinisi tinggi (HD) kepada para pelanggan, menerusi pelbagai kerjasama strategik, kami yakin tonton akan terus mengekalkan reputasi sebagai penyedia perkhidmatan penstriman video tempatan nombor 1 di Malaysia malah di seluruh rantau kelak.” Jelasnya

Acara Celebfest ini akan turut dimeriahkan dengan kehadiran beberapa artis popular termasuklah Erma Fatima, Syafiq Kyle, Izzue Islam dan Sasqia Dahuri. Selain turut mempromosikan portal itu sendiri menerusi tawaran tontonan Singtel Cast.

Salma Syahbuddin