Categories: HiburanTrending

“Akhirnya Saya Mengalah” – Tahan Sakit Sampai Tak Tidur, Elyana Dimasukkan Ke Hospital

Penyanyi Elyana dimasukkan ke hospital selepas lebih sebulan menahan sakit.

Menghidap kanser limfoma semenjak 10 tahun lalu, Elyana menyampaikan khabar terbabit menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram semalam.

“Lebih sebulan menahan sakit sampai tak tidur. Akhirnya saya mengalah. Hari ni masuk painkiller, steroid dan ambil darah.

“Covid-19 test memang wajib. Esok check jantung. Lusa buat pet scan. Seterusnya chemotherapy. Bismillahirrahmannirrahim. You can do it Nana!” tulisnya.

Di ruangan komen, rakan artis dan peminat menitipkan kata-kata semangat agar Elyana terus kuat melawan penyakit.

Pada Jun lalu, Elyana dimasukkan ke hospital dan menjalani proses radioterapi untuk merawat kanser yang dihidapinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Berat Badan Hanya 35KG, Elyana Terus Kuat Lawan Kanser

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi Khabar Terbaru Di Hospital, Berat Badan Elyana Bertambah 7 Kilogram

Padin