Categories: HiburanTrending

Selamat Bersalin, Izreen Azminda & Ude Dapat Baby Boy Lagi

Pelakon Izreen Azminda selamat melahirkan cahaya mata ketiganya semalam.

Menerusi hantaran di laman Instagram miliknya, Izreen memaklumkan dia melahirkan seorang bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada jam 9.06 pagi semalam.

“Syukur Alhamdulillah. Lahirlah seorang lagi putera dalam keluarga kecil kami. Terima kasih buat semua yang mendoakan mama dan baby. 21 September 2021, 9.06 pagi,” tulisnya.

Anak ketiga ini merupakan cahaya mata kedua hasil perkongsian hidup Izreen dengan pemuzik bebas, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude pada 8 Ogos 2017. Sebelum ini, Izreen dan Ude dikurniakan cahaya mata lelaki, Aaron Ibrahim yang kini berusia dua tahun.

Sebelum ini, Izreen pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah, Muhammad Riza Baharudin pada 2012 dan berpisah pada 2014.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak iaitu Muhammad Adrian Umar, 8.

Padin