Categories: HiburanTrending

Bersalin Seminggu Awal, Ayda Jebat Selamat Lahirkan Baby Girl

Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat selamat menimang cahaya mata perempuan secara pembedahan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada jam 7.07 malam semalam.

Suami Ayda, pengacara Nabil Mahir memaklumkan berita gembira itu kepada Harian Metro.

“Saya bersyukur apabila proses pembedahan bagi melahirkan bayi sulung dipermudahkan. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Ayda selamat melahirkan anak pada jam 7.07 malam seberat 2.77 kilogram,” katanya ringkas.

Sebelum itu, Ayda menerusi hantaran di Instagram semalam memaklumkan dirinya bakal melahirkan bayi sulungnya secara pembedahan seminggu lebih awal dari tarikh yang dirancang.

“Assalamualaikum semua. Insya-Allah ‘baby wuvv’ (gelaran bayinya) akan keluar petang ini. Seminggu awal dari tarikh yang dirancang.

“Mohon maaf kalau ada salah dan silap. Doakan saya dan bayi sihat serta selamat. Amin,” tulis Ayda.

Ayda mendirikan rumah tangga dengan Nabil pada 1 Januari lalu di Masjid Al Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

Padin