Aktivis LGBT Dilantik Jadi Pegawai Di KBS? Ini Jawapan Syed Saddiq!

Semalam, tular beberapa keping gambar di sosial media kononnya seorang aktivis lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dilantik sebagai pegawai khas kepada beliau.

Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tampil memberi penjelasan mengenai khabar angin lantikan pegawai di kementeriannya.

“ Setakat ini tiada seorang pun pegawai yang telah dilantik di pejabat saya secara rasmi.

“Saya terpanggil untuk memberi penjelasan berhubung dengan khabar-khabar angin pelantikan pegawai di pejabat Menteri Belia dan Sukan.

“Sehingga kini, tiada satu pun pegawai yang telah dilantik di Pejabat Menteri Belia dan Sukan secara rasmi. Setiausaha politik, setiausaha akhbar, pegawai tugas-tugas khas juga belum ada,” tulisnya dalam satu kenyataan di Facebook miliknya, Jumaat malam.

Desas-desus mengatakan aktivis LGBT berkenaan pernah terbabit dalam penganjuran acara buka puasa ‘gay’ secara besar-besaran di Kuala Lumpur, Jun tahun lalu.

Menteri paling muda itu memaklumkan beliau masih dalam proses menemuduga pegawai-pegawai untuk berkhidmat di pejabatnya di Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

“Untuk mengangkat dan memartabatkan suara anak muda, saya perlukan #TeamYouthPower yang terbaik dalam KBS. 

“Terdapat ‘permata’ yang tersembunyi di seluruh Malaysia. Sebab itu saya mengambil pendirian untuk menerima CV (curriculum vitae) dari sesiapa pun,” ujar Syed Saddiq.

SGMS Faida