Bukan Sakit Jantung Tapi Kanser…

Sekitar Mei lalu, ibu pelakon cilik Puteri Balqis Azizi memaklumkan anak menghidap penyakit jantung.

Pelakon berusia 11 tahun ini dilaporkan sering keluar masuk hospital untuk susulan lanjut mengenai penyakitnya.

Namun baru- baru ini, pelakon kanak-kanak terkenal itu memuat naik sekeping gambar di media sosial miliknya dengan tanda pagar #fightcancer.

Hal ini pastinya membuatkan semua yang membacanya tertanya-tanya.

Memetik laporan menerusi BH Online, ibu pelakon cilik ini, Norashikin mengesahkan anaknya menghidap kanser, tetapi tidak menyatakan secara terperinci jenis barah yang menyerang Aqish.

Kata si ibu, semangat anaknya semakin kuat walaupun sedang berhadapan masalah kesihatan.

“Saya minta maaf, buat masa ini saya tak mahu membuat sebarang temu bual.

“ Demamnya masih tak berhenti. Jantung dan paru-parunya mempunyai masalah.

“Apa pun dia semakin kuat,” katanya.

Keadaan kesihatan yang tidak menentu dikesan sejak akhir tahun lalu hingga Aqish perlu keluar masuk hospital bagi menjalani ujian selain mendapatkan rawatan.

Sejak Mei lalu, pelakon yang mesra disapa sebagai Aqish ini dilaporkan kerap muntah dan pengsan setiap hari. Cepat sihat ya Aqish, we love you adik!

SGMS Faida