Categories: Trending

Jaket Kontroversi Melania Trump Dijual Berpuluh Kali Ganda Mahal Dari Harga Asal

Jaket kontroversi yang digayakan Melania Trump, isteri kepada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, sewaktu membuat lawatan ke sebuah pusat penjagaan kanak-kanak migran yang terpisah daripada keluarga mereka di Texas tidak lama dulu, tanpa disangka menjadi item fesyen rebutan ramai ketika ini.

Demi memiliki jaket paras lutut rona ‘army green’ dari jenama Zara yang tertera tulisan “I really don’t care, do you” itu, ada yang sanggup berbelanja ribuan ringgit memandangkan ia kini dijual berpuluh kali ganda lebih mahal oleh mereka yang memilikinya sejak kontroversi itu tercetus.

Harga jaket yang pada asalnya di pasaran berharga AS$39 (RM157) itu kini dijual dengan nilai sehingga AS$895 (RM3,618).

Menurut sumber, ramai yang telah membeli jaket tersebut di Zara tiga tahun lepas dan mengambil peluang untuk menjualnya selepas kontroversi yang melanda Melania Trump.

Foto: New York Post

Sumber : celebrityinsider.org 

Yanie Baharom