Tahniah! Rody Kristal Bakal Jadi Papa Tak Lama Lagi

Alhamdulillah…Gitaris kumpulan Kristal, Rody Baharudin mengumumkan dia bakal bergelar bapa tak lama lagi.

Berita gembira ini diumumkan sendiri menerusi laman Instagramnya bahawa isterinya,Nur Izwani Azman kini sedang hamil anak pertama mereka.

“Assalamualaikum semua… Alhamdulillah, syukur pada Allah aku bakal menjadi daddy tidak lama lagi.

“Tidak pernah terfikir semua ini akan terjadi dalam hidupku, di usia 32 tahun aku telah dikurniakan isteri dan seorang anak,” katanya yang teruja bakal menerima orang baru. 

Rody juga meminta agar pengikutnya di Instagram mendoakan isterinya terus kuat sepanjang kehamilannya.

“Doakan kandungan isteriku dan anakku sihat… Moga isteriku @niena_azmann kuat menjalani proses sebagai mummy…!

“Baby jangan nakal-nakal ya.. rehat elok-elok kat dalam dulu ok… Insya_Allah nanti keluar kita pergi jalan-jalan. Syukur Alhamdulillah… #mamabolobolo #papabolobolo,” tulisnya.

Tahniah Rody, mesti anak korang comel macam mama papa dia! Insha Allah…

SGMS Faida