Categories: LIFESTYLE

Tips Untuk Ibu Mengandung Minum Air Gula

Minum air gula biasanya untuk ibu mengandung yang boleh membuatkan si ibu termuntah mahupun loya selepas meminumnya. Bukan kerana sengaja ingin ‘mendera’ tetapi ingin memastikan yang si ibu tidak menghidap penyakit kencing manis . Ataupun jika berat badan naik dengan mendadak sewaktu mengandung, pasti kena minum air gula untuk next check up. Ini dikongsikan tips untuk memudahkan agar ‘lulus’ dengan cemerlang.
1. Puasa dari 10 malam sebelum
Kalau boleh berpuasa dari malam sebelum checkup. Di syorkan untuk minum air masak sebanyak yang boleh dan bolehlah juga jamah kurma tetapi sebelum jam 10 malam ye
2. Ke Klinik sebelum jam 8 pagi
Lagi awal lagi bagus kalau ke klinik kesihatan. Ambil no giliran awal dari waktu appointment ye. Ini untuk mengelak dari tunggu lama dan beratur panjang kerana nurse akan ambil darah sebelum minum gula
3. Minum secepat yang boleh
Apabila sampai awal , air gula yang diberi masih suam. Senang minum dan habiskan. Jika datang lambat air gula bakal jadi likat sebab sejuk dan ini menyebabkan kita rasa loya. Sudahlah semalam berpuasa mahu perut ‘reject’. Minum terus jangan stop-stop sebab bila dah stop nak sambung balik sure tak boleh habiskan
4. Kumur-kumur
– Pergi toilet dan kumur-kumur untuk hilangkan sisa-sisa yang berbaki dalam mulut kan. Kalau tak, masih terasa-rasa melekat lagi rasa manis tu.
5. Tunggu 2 jam
– Kalau boleh tunggu di klinik sebab takut nanti kena ambil darah bila result tak cantik
6. Siap
– Dah siap , report pun OK bolehlah balik dan makan apa yang anda inginkan
Dengan harapan tips yang dikongsikan dapat membantu ibu-ibu mengandung di luar sana apabila nurse berkata minggu depan kena minum air gula. Think positif insyallah semuanya akan dipermudahkan
SGMS Enal