Categories: Eat Travel

Teh Tarik Lebih Ummpphh Kalau Letak Bahan Ini

Hampir semua orang tahu bagaimana untuk membuat minuman teh tarik tetapi tidak semua orang arif untuk menghasilkan teh tarik yang pekat dengan rasa yang enak dan lemak berkrim disukai ramai.

Untuk mendapatkan warna yang merah, tidak semestinya anda perlu menggunakan teh dengan kandungan warna yang tinggi. Sebenarnya anda boleh saja menggunakan teh Lipton atau teh Boh iaitu jenama teh tanpa bahan pengawet.

Tinggal lagi daripada menggunakan teknik rendaman, anda boleh merebusnya kerana dengan teknik ini warna teh menjadi lebih merah mengancam berbanding yang direndam. Bangkitkan aroma wangi teh dengan mencampurkan sedikit teh Masjid.

Sesudah daun teh kembang dan air rebusan tadi pekat, tuangkan kedalam teko kemudian bancuhkan bersama susu dan secubit garam. Nak lebih kick letakkan sedikit madu.

Hidangkan kepada tetamu, perghhh! pasti mereka termimpi-mimpi kelazatan teh tarik yang anda buat.  Namun begitu, elakkan penggunaan gula kerana susu sendiri sudah manis. 

Foto: JewelPie

Yanie Baharom