Categories: FeaturedTrending

Anak Kylie Jenner Masih Belum Boleh Jalan, Tapi Dah Ada Koleksi Kasut Bernilai RM88,880!

Kylie Jenner mungkin dah berhenti memuat naik gambar anaknya Stormi Webster buat masa ini ekoran komen-komen negatif sesetengah netizen.

Tapi itu tak membantutkan keinginannya untuk berkongsi tentang kehidupan si kecil ini sebagai salah seorang ahli keluarga Kardashian-Jenner.

Baru-baru ini Kylie telah memuat naik sebuah video pendek di akaun Snapchatnya tentang koleksi kasut Stormi.

Dia baru saja berumur 5 bulan tapi dia dah memiliki koleksi yang mengalahkan orang dewasa! Tengok sendiri menerusi video ini dan lihat banyak mana kasut yang dia ada!

“Stormi akhirnya boleh pakai sesetengah daripada kasut sneakersnya. Comel sangat,” kata Kylie dalam video ini.

“Ayahnya ada berikan beberapa pasang kasut vintage. Saya akan dapat tengok sama ada dia suka pakai atau tak.”

Hmm, betul juga. Tak mungkin dia akan suka kesemuanya, tapi walaupun dia belum boleh jalan lagi, dia dah ada koleksi sebesar ini.

Dengan jenama designer terkemuka seperti Giuseppe Zanotti and Gucci, kita yang lain ini boleh mimpi sajalah.

Foto: Kylie Jenner

Kalau kasut saja pun dah meriah begini, takut pula nak bayangkan koleksi pakaian Stormi sebesar mana, dan jenama apa yang ada.

Sumber: Insider

Ad Ops