Trending By: Yanie Baharom July 7, 2018 @ 10:00am

Jaket Kontroversi Melania Trump Dijual Berpuluh Kali Ganda Mahal Dari Harga Asal

Jaket kontroversi yang digayakan Melania Trump, isteri kepada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, sewaktu membuat lawatan ke sebuah pusat penjagaan kanak-kanak migran yang terpisah daripada keluarga mereka di Texas tidak lama dulu, tanpa disangka menjadi item fesyen rebutan ramai ketika ini.

Demi memiliki jaket paras lutut rona ‘army green’ dari jenama Zara yang tertera tulisan “I really don’t care, do you” itu, ada yang sanggup berbelanja ribuan ringgit memandangkan ia kini dijual berpuluh kali ganda lebih mahal oleh mereka yang memilikinya sejak kontroversi itu tercetus.

Harga jaket yang pada asalnya di pasaran berharga AS$39 (RM157) itu kini dijual dengan nilai sehingga AS$895 (RM3,618).

Menurut sumber, ramai yang telah membeli jaket tersebut di Zara tiga tahun lepas dan mengambil peluang untuk menjualnya selepas kontroversi yang melanda Melania Trump.

Foto: New York Post

Sumber : celebrityinsider.org 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 30 Nov 2020
Trending Sun, 24 Dec 2023

Kes Bunuh Zayn Rayyan: Genap 18 Hari, Tapi Pembunuh Masih Belum Ditangkap? Polis Minta Bantuan Interpol

Dah masuk hari ke-18, pembunuh masih bebas? Harap pelaku cepat ditangkap & dihukum seadil-adilnya!

Featured Mon, 5 Sep 2022

“Penat Juga Nak Jaga…” – Puteri Sarah Dedah Cara Disiplinkan Anak

Biasalah kena lah tegas dalam mendidik anak-anak kan nanti manja pulak..

Featured Mon, 17 Oct 2022

Jawab Isu ‘Tayang’ Badan, Fadlan Hazim Kini Lebih Peka Jaga Aurat – “Saya Cuma Nak Beri Motivasi…”

Pelakon Fadlan Hazim menjelaskan isu kontroversi melibatkan trend artis lelaki yang dikatakan sengaja menunjukkan bentuk badan kepada umum bukanlah perkara baru. Menurut Fadlan, 30, setiap benda yang dilakukan mempunyai niat dan tujuan tersendiri malah, niatnya […]