Euforia Bola 2026
Trending By: Attiqah Mohd November 30, 2020 @ 1:26pm

Lagu Cinta Kita 2: Diva AA Kekal Sebagai Hos… Jom Recap Episod 3!

Episod ketiga Lagu Cinta Kita 2 (LCK2) kembali bersiaran malam tadi.

Apa yang lebih menghangatkan suasana adalah kemunculan semula Azwan Ali sebagai hos bersama Elly Mazlein serta kemunculan tetamu jemputan iaitu Ziana Zain dan Zara Zya.

Siti Sarah dan Hazama telah diundang sebagai juri jemputan akibat ketiadaan panel juri tetap, Hael Hussaini dan Ajai yang kini sedang menjalani kuarantin COVID-19.

Jom kita recap komen dan persembahan minggu ketiga!

Zhafri & Lopes

Pentas LCK2 membuka tirai dengan persembahaan daripada pasangan ini menerusi lagu Sandarkan Pada Kenangan. Persembahan bersahaja ini telah mencuit hati para juri terutamanya Siti Sarah yang pernah mempopularkan lagu ini.

Sarah: Saya suka lagu ini, tak ada persamaan dengan saya pernah buat. Saya suka. Tadi, saya rasa performance menyeronokkan sampai saya lupa nak tekan. Saya rasa ada keserasian dan bagus.

Syazwan & Scha

Persembahan pasangan ini menyampaikan lagu Sampai Ke Hari Tua mempunyai beberapa kelebihan dan kelemahan di mata para juri.

Mas Idayu: Sebenarnya, daripada awal Mommy nampak keserasian, Mommy nampak keserasian pentas. Pitching Syazwan, harmonize tak cantik. Warna vokal awak cantik. Bila anda menyanyi duet, yang penting keserasian dan kedua vokal cantik.

Hazama: Saya suka tone Scha. Saya rasa chemistry ngam. Saya nampak effort yang mereka bagi.

Sarah: Keserasian dah ada tapi nyanyian tak ada.

Aiman & Nadja

Duet daripada pasangan ini mendapat kritikan daripada para juri kerana Nadja dilihat tidak menonjol berbanding pasangan duetnya, Aiman dalam menyampaikan lagu Bunga Bunga Cinta.

Mas Idayu: Mommy suka Aiman nyanyi tapi bila masuk dengan Nadja tak synchronize. Tak blend langsung. Mommy nampak dominan pada lelaki, perempuan tenggelam. Aiman yang nampak menonjol. Pembahagian lagu tu kena tukar key.

Sarah: It’s a beautiful song, beautiful voice. Saya tak nak judge Nadja. Bila turunkan key, nyanyian mendatar. Saya tak dapat kenal suara Nadja sebab tak melakukan sesuatu.

Hazama: Bukan nyanyi tak bagus tapi tone kalian tak blend.

Syahmi & Yazmin

Persembahan yang unik apabila pasangan duet ini membawa kelainan dalam lagu nyanyian dengan menyanyikan dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Persembahan lagu Cinta Luar Biasa ini mendapat tempat di hati para juri.

Hazama : Nampak pasangan ni dah ready. Seorang nyanyi Bahasa Melayu, seorang nyanyi English. Saya rasa ada vibe percintaan dah nak bermula. Sebab tu saya tekan lampu ni.

Mas Idayu: Mommy suka chemistry awak berdua. Dari vokal dan berada di pentas. Penyanyi lelaki perbaiki sikit, kita rasa lagi nak tengok.

Indra & Farah

Persembahan pasangan ini menyampaikan lagu Belaian Jiwa mempunyai kelebihan dan beberapa kelamahan dari segi vokal namun panel juri tetap bersetuju untuk memberi peluang seterusnya.

Sarah: To blend in, ada flat sharp here and there. Kalau pergi next level boleh improvise. Saya rasa ada peluang.

Hazama: Saya rasa ada chemistry dari segi package. Ada kelemahan dari pitching tak berapa cantik. Boleh improve. Saya dapat rasa mereka berduet walaupun ni lagu solo

Mas Idayu: Sebenarnya Mommy tak nak tekan. Mommy 50/50 nak tekan. Kekuatan ada adalah keserasian. Vokal kena tekan lagi. Coach kena tahu kekuarangan di vokal anda.

Khareez & Nadeera

Dilihat sebagai “calon juara”, persembahan pasangan ini dinobatkan sebagai persembahan terbaik oleh panel juri. Keserasian dan kekuatan vokal masing-masing menyampaikan lagu Kaulah Segalanya membuatkan panel juri terpukau dengan nyanyian mereka.

Mas Idayu: Penyanyi lelaki hanya sedikit penjiwaan, awak harus memberi sebab Nadeera penjiwaannya kuat. Kalau boleh jangan on and off. Okay, best.

Hazama: Untuk malam ni ada enam pasangan. Ni pasangan paling solid. Dari segi vokal bagus. Khareez beruntung dapat Nadeera. Saya nampak calon juara.

Sarah : Tahniah kepada both of you. I agree dengan Hazama, I think you both complete each other. I just love it. Perfect.

Episod ketiga juga menyaksikan penyingkiran dua pasangan duet iaitu Syazwan & Scha bersama Aiman & Nadja.

Jangan lupa saksikan LCK2 setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3!

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia.

Gunakan #LaguCintaKita2 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman media sosial.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 24 Jul 2020
Trending Wed, 6 May 2020
Featured Sat, 12 Apr 2025

Kongsi Momen Majlis Nikah Aisyah Aziz, Neelofa Sebak – “Gembira Jadi Sebahagian Dari Hari Istimewa Mereka”

Neelofa sebak menyaksikan Aisyah bersalaman dan berpelukan dengan keluarganya .

Hiburan Tue, 5 Aug 2025

Amira Othman Perjelas Dakwaan Kantoi Tahu Password Fattah Amin – “Masa Tu Telefon Dalam Keadaan…”

Fattah Amin dan Amira Othman saling menghormati ruang peribadi masing-masing walaupun akrab sebagai rakan sekerja.

Trending Fri, 29 Oct 2021

“Dapat Tersenarai Pun Saya Sangat Bersyukur” – Baru Bertapak Dalam Industri Hiburan, Aliff Iskandar Tercalon Top 5 ABPBH 34

Penyanyi dan komposer muda, Aliff Iskandar bersyukur kerana namanya lolos calon Top 5 Artis Baharu Lelaki Popular dalam Anugerah Bintang Popular BH 34 (ABPBH 34). Menurut artis naungan Indigital Music ini, dia tidak menyangka namanya […]

Events Sat, 12 Oct 2024
Featured Wed, 11 Dec 2024

Kenyataan Remy Ishak Gelar Sophia Albarakbah Manja & ‘Lelaki Kurang Iman Pasti Tergugat’… Ini Respons Empunya Badan

Sophia berpendapat komen yang diberikan Remy itu tidak akan menjejaskan dirinya.

Kisah Viral Thu, 7 Dec 2023
error: Content is protected !!