Hiburan By: Khairil Khusyairi September 4, 2023 @ 5:00pm

Sharnaaz Ahmad Kongsi Jebat Jayden Minat Main Dram, Suka Muzik ‘Ganas’ – “Sekali Dia Bagi Slipknot Kau”

Aktor Sharnaaz Ahmad berkongsi bahawa anakandanya iaitu Jebat Jayden cenderung kepada muzik lebih-lebih lagi muzik bergenre ‘heavy metal’.

Menurut laporan Harian Metro, Sharnaaz memberitahu puteranya itu meminati kumpulan Slipknot dan gemar bermain alat muzik dram.

“Saya nampak minatnya menjurus ke arah alat muzik dram. Dan dia juga meminati Slipknot. Dia suka muzik… tapi muzik-muzik yang ganas.

“Saya pun tak tahu. Sebenarnya saya nak alihkan dia sikit daripada K-Pop, tapi ini dah macam jauh sangat dia bawa lari. Sekali dia bagi Slipknot kau,” katanya.

Berkongsi perasaan bergelar bapa sepanjang lima tahun ini, pelakon filem Polis Evo 3 ini akui terdapat perubahan yang ketara dalam hidupnya.

Malah menyifatkan Jayden adalah anugerah terindah buat hidupnya.

“Satu perjalanan yang indah selain banyak mengubah saya, termasuk cara saya berfikir dan keutamaan dalam hidup.

“Dulu saya nak panas baran, lakukan tanpa berfikir. Sekarang, nampak muka anak, berhenti sekejap.

“Saya sendiri pun nampak perubahan lima tahun itu. Kehadiran Jebat adalah satu rahmat buat saya dalam hidup,” katanya.

Terdahulu, Sharnaaz menjadi perhatian apabila tulisannya kepada Jayden sempena ulang tahun kelahiran anaknya itu sangat menyentuh hati.

ARTIKEL BERKAITAN: Sambut Birthday Jebat Jayden, Kapsyen Sharnaaz Ahmad Sentuh Hati Netizen – “Berjurai Baca..Forever Baba’s Boy”

Untuk info, Sharnaaz pernah mendirikan rumah tangga bersama Noor Nabila pada 31 Mac 2017. Namun, membuat keputusan untuk bercerai pada 9 Julai 2020 di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 15 Jan 2018

Tanah Jalan Semarak Di Serah Semula Oleh Synergy Promenade Kepada Felda

Synergy Promenade Serah Semula Tanah Jalan Semarak Kepada Felda

Trending Mon, 25 Apr 2022
Featured Thu, 30 Nov 2023
Hiburan Thu, 24 Jan 2019

Amrita Soon Launches Second EP Called “Familiar Strangers”

There will be a launching party in February too!

Hiburan Mon, 17 Jun 2019

莫文蔚狮城开个唱!巡演确定 11 月抵马

莫文蔚《绝色》巡演确定11月将来到马来西亚!

Featured Wed, 13 Jul 2022

Pelawak Wanita Mengaku Tidak Bersalah, Bakal Berhadapan Penjara Minimum 2 Atau Maksimum 5 Tahun

Fuh… semoga apa yang berlaku ni beri pengajaran besar pada dia dan semua pihak..

Hiburan Mon, 16 Oct 2023