Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 16, 2023 @ 5:05pm

“Salahkan Saya, Jangan Kecam Misha Omar” – Persembahan Dikritik Terlalu Mesra, Naqiu Mohon Maaf Tak Jaga Sensitiviti

Penyanyi, Naqiu, 36, berharap ramai pihak untuk tidak terus mengecam rakan duet, Misha Omar apabila persembahan mereka di pentas program realiti hiburan pada Ahad malam lalu dikatakan terlalu ‘over’ atau terlebih mesra.

Menyedari isu tersebut adalah perkara sensitif dalam kalangan masyarakat, Naqiu bagaimanapun telah memohon maaf secara terbuka atas kekhilafan dan menyesali perbuatannya itu.

Jelas bekas vokalis Boboy itu, dia tidak mempunyai sebarang niat untuk mencipta sebarang kontroversi terutamanya setelah 23 tahun berkecimpung dalam industri hiburan.

Naqiu

“Pertama sekali, saya ingin minta maaf sangat-sangat kepada semua yang menonton sekiranya ada yang terasa hati kerana isu ini amat menyentuh sensitiviti.

“Apabila saya tengok semula persembahan itu, saya tahu ia agak keterlaluan. Saya mohon, jangan letakkan kecaman kepada pasangan duet saya.

“Saya tak nak pertahankan diri dengan mengatakan perkara ini sudah dirancang. Aksi itu sangat sensitif dan tidak sepatutnya berlaku.

“Saya yang bertanding, segala keputusan terakhir terletak kepada saya. Ini bukan untuk mencari publisiti,” ujarnya di sidang media selepas berakhirnya konsert minggu keempat program realiti itu di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), malam tadi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Pada malam program hiburan tersebut, Naqiu dan Misha menjadi sebutan hangat di media sosial selepas aksi mereka yang berpimpin tangan ketika menyampaikan lagu duet Aku dan Dirimu milik penyanyi asal Indonesia, Ari Lasso dan Bunga Citra Lestari.

Mengulas lebih lanjut, Naqiu berkata aksi tersebut berlaku secara spontan bagi menyampaikan emosi seperti pasangan ‘bercinta’ selain untuk ‘merasai’ lirik lagu tersebut.

“Seperti yang semua tahu saya jenis penyanyi yang apabila membuat persembahan akan ‘over’ dan spontan. Sebelum persembahan bermula, Kak Misha ada pesan kepada saya dia perlu merasai persembahan itu.

“Tetapi, saya nak tegaskan apa yang saya lakukan atas pentas itu bukan itu memberikan Kak Misha ‘feel’, tidak. Sekali lagi saya tegaskan, jangan kecam rakan duet saya, letakkan segala kesalahan kepada saya seorang,” tambahnya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Naqiu Mohd (@thisisnaqiu)

Kejadian yang berlaku kepada Naqiu ini memberikan pengajaran setimpal buat dirinya agar lebih matang dalam menjaga sensitiviti terutamanya ketika melakukan persembahan.

@xtra_my

Naqiu pun dah minta maaf & jadikan pengajaran, kita move on lah okay! #fyp #xtramy #beritaditiktok #selebriti #sembangentertainment

♬ original sound – XTRA – XTRA

Artikel Berkaitan: “Kau Datang Jumpa Aku, Kau Urine Aku” – Naqiu Cabar Individu Tuduh Dirinya Ambil Bahan Terlarang

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kesal Wajah Dikritik Seperti B*b*, Misha Omar Tampil Pertahankan Nadeera Zaini 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 5 Sep 2025

XTRA XSTAR 2025: Pencarian Bakat Baharu Sudah Dibuka, Ratu Farah Diva Pun Join!

Hantar video penyertaaan anda dengan #XtraXstar2025 di TikTok sebelum 15 September ini

Hiburan Thu, 10 Mar 2022

Produk Semakin Dikenali, Pengasas Noir Ini Tampil Sebagai Penaja Utama AJL 36!

Perjalanan untuk membina perniagaan bukannya mudah seperti yang disangka. Ia melibatkan perkara yang kita sukai. Dengan itu, kita akan sentiasa bermotivasi dan mahu melakukan yang terbaik dalam urusan bisnes sekali gus memberi impak positif dalam […]

Trending Thu, 13 Dec 2018
Featured Sat, 6 Nov 2021

Filem Tempatan Prebet Sapu Akan Ke Oscars

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) telah memilih filem ‘indie’ Prebet Sapu arahan Muzammer Rahman untuk mewakili negara ke anugerah akademi Oscars ke-94 yang akan berlangsung pada 27 Mac tahun hadapan di Los Angeles, Amerika […]

Hiburan Wed, 20 Dec 2017

YUNA DAPAT PUJIAN LAGI?

Yuna yang kini menetap di Los Angeles, Amerika Syarikat itu tidak keberatan untuk membantu sebuah keluarga yang berasal dari Kedah apabila berhadapan situasi sukar ketika bercuti disana

Hiburan Sun, 29 Sep 2019

陶晶莹震撼报喜!首次来马办大型售票演唱会

陶晶莹震撼报喜!首次来马举办大型售票演唱会,11月23日正式开锣~

error: Content is protected !!