Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 11, 2023 @ 7:30pm

[VIDEO] Kesal Wajah Dikritik Seperti B*b*, Misha Omar Tampil Pertahankan Nadeera Zaini 

“Ini adalah cabaran ataupun kekangan yang saya rasa boleh menjadi barah kepada bakat-bakat baru,”

Demikian respons penyanyi jelita, Misha Omar yang diminta ulas mengenai nasib menimpa bintang, Nadeera Zaini apabila wajahnya dikritik seperti haiwan, baru-baru ini.

Menerusi sebuah video temubual di platform Instagram, Misha atau nama lengkapnya Samihah @ Aisah Omar berharap orang ramai dapat memberi peluang kepada bakat-bakat baru ini melebarkan sayap dalam industri hiburan.

“They want to grow. Bagi masa untuk mereka membina diri sendiri dalam industri ini.

“Bayangkan macam Nadeera tu menyanyi dah bagus jadi imejnya akan datang sendiri.

“Contoh terdekat seperti Ernie Zakri, Aina Abdul. Mereka tak akan jadi seperti hari ini kalau tak melalui fasa-fasa dalam kehidupan mereka sebagai penyanyi,” katanya.

Sementara itu, pelantun lagu popular Sampai Bila ini turut menitipkan pesanan kepada warganet untuk menjaga kesihatan mental terlebih dahulu, sebelum melemparkan kata-kata buruk yang akan menyinggung perasaan orang lain.

“Sebelum nak cakap tu, ambil cermin dan tengok diri sendiri dahulu. Saya rasa media sosial kini seperti meluahkan rasa ‘bitterness’ dalam diri masyarakat sekarang.

“Pada saya paling penting sekarang adalah untuk menjaga kesihatan mental masing-masing.

“Perkara negatif seperti ini juga berkait rapat dengan kesihatan mental jadi mereka di luar sana perlu menjaga hati dan pemikiran kita…

“Benda ni boleh jadi barah untuk diri sendiri sedangkan tak ada orang nak dipersalahkan kecuali diri sendiri,” tuturnya lagi.

Sebelum ini, heboh di plaform media sosial berhubung penyanyi dan juara program realiti nyanyian Nadeera yang meluahkan rasa kesal apabila ibu bapanya terluka dek wajahnya dikritik seperti haiwan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Majalah Remaja, MY (@majalahremaja)

Kredit: Majalah Remaja

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 16 Apr 2025

“Makeup Pun Nak Pegang Tangan…” – Awal Ashaari Usik Aksi Romantis Ameera Khan & Jefri Nichol

Awal Ashaari sempat mengusik Ameera Khan dan Jefri Nichol papar aksi romantik

Hiburan Tue, 26 Dec 2023
Hiburan Tue, 16 Oct 2018

OMG! Wawa Zainal Panik Accident Atas Air?

Walaupun tidak mengalami kecederaan serius, gambaran dalam video yang dikongsi Aeril itu membuatkan netizen berdebar menontonnya.

Featured Wed, 13 Aug 2025

Peguam Anna Jobling Dedah Kronologi Dakwaan Ibu ‘Dikunci’ Dalam Kereta

Menerusi perkongsian video, ibu Anna tidak disentuh atau dikeluarkan dari kereta.

Hiburan Thu, 21 Mar 2019

Remy Ishak Putus Tunang

Walaupun sudah putus, Remy tidak menolak jika dia dan Ezza kembali bersama…

Featured Tue, 8 Nov 2022
Trending Tue, 6 Oct 2020
Trending Sun, 28 Aug 2022

Didakwa Bercinta Dengan Selebriti Wanita? Ini Jawapan Sufian Suhaimi

Baru-baru ini, nama Sufian Suhaimi menjadi bualan hangat netizen apabila dia dikatakan sudah mempunyai kekasih selepas pengacara dan usahawan, Neelofa, ‘mengusik’ penyanyi itu seolah-olah dia kini sudah mempunyai pasangan. Namun, memetik laporan Harian Metro, penyanyi […]

error: Content is protected !!