“Aku Merokok Pun Tidak!” – Berang Dituduh Ketagih Dadah & Jadi ‘Biawak Hidup’, Raja Afiq Tak Maafkan Pemfitnah

Pelakon Raja Afiq menyatakan bahawa dia tidak akan memaafkan individu yang memfitnah dirinya mengambil dadah punca berat badan susut.

Memetik laporan mStar, Afiq menjelaskan bahawa dakwaan tersebut adalah fitnah dan bakal mengambil tindakan terhadap individu yang menyebarkannya.

“Sebelum ini saya ada keluarkan cerita disihirkan jadi mungkin orang yang sama lakukan iaitu orang yang sihir itu, kami tak mahu tuduh sesiapa cuam boleh fikir logik akal sebenarnya.

“Hisap dadah apanya, say ani hisap rokok pun tidak, saya Cuma bersukan saja sekarang ni dan itu sebab turun berat badan mendadak, cerita saya atau kehidupan saya hanya isteri saja yang tahu.

“Kepada yang menuduh atau melemparkan segala tuduhan tersebut saya mahukan bukti sahih saya hisap dadah itu dan saya tak maafkan individu terbabit… jumpa la dekat akhirat nanti,” ujarnya pada mStar.

Turut ditanya kepada isterinya, Soffwany Yusoff mengenai dakwaan dirinya kini menanggung kelangsungan hidup suaminya, dia menjawab bahawa ia bukan satu kesalahan.

“Bukan satu kesalahan kerana kita adalah suami isteri dan kita berkahwin untuk saling membantu… melengkapi bukannya untuk membebani satu sama lain,” jelas Soffwany.

Terdahulu, timbul satu kontroversi mendakwa Raja Afiq kononnya mendakwa dirinya terkena sihir buatan orang sehingga kehilangan berat badan yang mendadak sedangkan menghisap dadah.

Artikel Berkaitan: “Sudah Terbang Dibawa Angin Ke?” – Semakin Kurus & Hanya Bertopi, Netizen Terkejut Isteri Raja Afiq Tidak Bertudung

Artikel Berkaitan: Pelakon Dakwa Berat Badan Susut Akibat Sihir, Rupa-Rupanya ‘Tahi Dadah’ & Belasah Isteri?

Sumber: mStar

Atiqah Johari