Categories: HiburanTrending

“Aku Tak Nak Buka Mulut Sebab Nak Jaga Aib Kau! Hidup Aku Jahanam… Sebab Kau!” – Fizi Ali Naik Hantu Dengan Shakilla Khoriri?

Pengacara dan penyampai radio, Fizi Ali meluahkan perasaan marah terhadap bekas isterinya, aktres Shakilla Khoriri menerusi muat naik di ruangan Instagram Story sebentar tadi.

Biarpun tidak menyebut nama Shakilla dalam hantaran terbabit, Fizi mengakui dia hampir hilang sabar terhadap ibu kepada anaknya.

“Aku hormat sebelum ni sebab kau tu mak kepada anak aku dan kita pernah bersama. Aku tak nak buka mulut sebab aku nak jaga aib kau. Kau dah makin lama makin melampau. Sabar ada tahapnya…. Aku rasa makin lama makin nipis ni,” tulis Fizi.

Lelaki berusia 33 tahun ini juga mengakui hidupnya sudah musnah kerana Shakilla.

“Hidup aku dah jahanam sekarang aku hilang semua benda.… Semua sebab kau! kau tak sedar lagi ke hah? Sekarang kau saja nak cari pasal lagi dengan aku,” tulisnya lagi.

Sebelum itu, Fizi berkongsi mengenai tahap kesabarannya yang hampir hilang.

“Sabar itu ada tahapnya. Jangan bagi sampai tahap kesabaran tu hilang!” tulisnya.

Fizi dan Shakilla mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018 dan bercerai selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nurul Ameena Sofia pada 2019.

Padin