“Aku Tak Pernah Jumpa Kau, Tapi Aku Nak Peluk Kau Brother!”- Faham Perasaan Fizi Ali, Sharnaaz Ahmad Mohon Jangan Pisahkan Ayah & Anak

Pelakon popular, Sharnaaz Ahmad meluahkan rasa simpati terhadap kejadian yang berlaku kepada penyampai radio Hot FM, Fizi Ali membabitkan anak tunggalnya, Ameena Sofia.

Menurutnya, walaupun dia tidak pernah berjumpa dengan Fizi, namun hanya individu yang melalui situasi sama sahaja tahu, betapa peritnya perasaan seorang ayah yang tidak dapat berjumpa dengan anaknya.

“Hanya yang lalui akan faham… Aku tak pernah jumpa Fizi, but still i will hug you brother,”katanya.

Tambahnya, dia tidak menyebelahi mana-mana pihak sekaligus tidak mahu masuk campur terhadap kontroversi yang berlaku antara penyampai radio itu dan bekas isterinya, Shakilla Khoriri.

“Aku tak nak tahu betul atau salah, tapi jangan sesekali pisahkan anak dan bapa walau apa pun alasannya,”jelasnya.

Perkara itu dikongsi Sharnaaz menerusi hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada Isnin.

Terdahulu, Sharnaaz dan bekas isterinya, Noor Nabila Mohd Noor antara yang sering menjadi ‘role model’ netizen dalam membesarkan anak tunggal mereka, Jebat Jayden walaupun pasangan ini sudah 4 tahun berpisah.

Salma Syahbuddin