Zain Saidin Akui Jatuh Cinta Saat Melihat Wajah Rozita Che Wan Tanpa Makeup

Pelakon, Zain Saidin mengakui hatinya terus terpaut saat melihat wajah mulus isteri tersayang, aktres dan usahawan jelita Rozita Che Wan tanpa alat solek.

Zain berkata demikian menerusi sebuah video tular di aplikasi TikTok dimuat naik oleh Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta

“Betul saya jatuh cinta dengan Che Tawaktu dia tak pakai make-up,” ujarnya.

Turut dilihat dalam video berkenaan, adik ipar Che Ta iaitu pelawak Lan Pet Pet yang juga memuji kecantikan aktres berusia 51 tahun itu tampak manis tanpa alat solek.

“Amboi, hang makeup cantik, tak makeup pun cantik,” ujarnya.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 1.3 juta tontonan, 66,000 tanda suka dan lebih 700 komen.

Aqilah Paharuzi