[VIDEO] Ameera Khan Cakap Loghat Kelantan Buat Ramai Terhibur – “Pekat Molek Kecek Kelate”

Nama selebriti media sosial, Ameera Khan sekali lagi menjadi perhatian warga maya di media sosial, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian yang dibuat ibunya, Datin Noor Kartini di Instagram (IG), Ameera dan ibunya itu sedang mempromosi sesebuah produk kepada penonton secara siaran langsung.

Perkongsian tersebut memaparkan Ameera yang juga adik kepada selebriti dan usahawan popular, Noor Neelofa itu sangat yakin dan bersemangat dalam mempromosikan produk.

Namun, apa yang menjadi perhatian adalah Ameera mempromosikan produk-produk tersebut dengan menggunakan loghat Kelantan.

Ameera juga dilihat selesa menggunakan dialek Kelantan biarpun sedang membuat jualan secara langsung di media sosial.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian tersebut.

Rata-ratanya terhibur dengan gelagat dua beranak tersebut malah ada yang menyifatkan mereka berdua sangat comel.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Cantik! Penampilan Ameera Khan Tarik Perhatian Sampai Dikerumuni Wanita-Wanita Arab – “Dia Dah Macam Orang Sana”

 

Khairil Khusyairi